Arkib untuk: Artikel

Batas Perbualan Lelaki dan Wanita

Hubungan/interaksi antara lelaki dan wanita dalam banyak keadaan tidak dapat dielakkan. Dalam dunia hari ini, kaum lelaki dan kaum wanita sama-sama bersaing dalam hampir semua sektor. Selagi hubungan tersebut berjalan secara normal, dengan tujuan yang baik (untuk memenuhi urusan dan keperluan), di tempat terbuka dan tidak menimbulkan sebarang syak wasangka orang lain dan tidak ada […]

Membeli Barangan Cetak Rompak

Soalan; Ustaz , apakah hukum memuat turun lagu – lagu , filem dari internet atau membeli barang – barang cetak rompak yang bukan dari sumber yang asli? Jawapan; Dalam soalan saudara itu ada dua perkara yang perlu penjelasan; 1. Kedudukan lagu, filem dan barang-barang itu sendiri; adalah harus di sisi Syarak atau tidak? Jika tidak […]

Aurat

Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa […]

Kewajipan Berda’wah

Terlalu banyak ayat-ayat Allah di dalam al-Quran yang menekankan tentang dakwah, sama ada secara khusus atau yang terkandung dalam kewajipan jihad dan amar makruf nahi munkar. Oleh demikian, kewajipan berdakwah tidaklah siapa dapat nafikan. Melalui dakwah, Islam dapat berkembang dan berlansung hingga ke zaman ini iaitu setelah 1400 tahun lebih selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. […]

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah Muhammad

Dilahirkan pada 3 Mac 1952 di Bani Suwaif (Mesir). Menuntut ilmu di al-Azhar; tahun 1985 mendapat ijazah M.A dari al-Azhar dalam bidang Usul Fiqh, diikuti ijazah Phd tiga tahun berikutnya (1988) dalam bidang yang sama. Selain dari menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, beliau juga menjadi panel penasihat Syari’ah bagi bank-bank di Mesir dan menganggotai Lujnah […]

Hukum Mengucap Selamat kepada Perayaan Agama lain

Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah — bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka — insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran […]

Puasa Sunat (3 Hari Setiap Bulan)

Apakah dalil disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan? Sabda Nabi s.a.w.: “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; “Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara; Berpuasa tiga hari pada setiap bulan. Mengerjakan dua rakaat […]

Sahabat Dunia dan Akhirat

Setinggi-tinggi kesyukuran kita ucapkan kepada Allah SWT, kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Dia-lah kita masih lagi dapat mengecapi setiap saat di dunia ini sehingga saat ini dan menikmati nikmat Islam dan iman yang masih tak dapat dirasai oleh banyak manusia di luar sana. Maka, hargailah setiap nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Seterusnya, marilah […]

Muka: 1 2

Berinteraksi dengan Wanita Tidak Bertudung

Berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram (yakni bercakap dan berurusan dengannya) adalah harus, tiada sebarang tegahan dari Syarak pada asasnya. Namun hendaklah menjaga adab-adab yang ditetapkan Syarak termasuk yang berhubung dengan pandangan. Harus lelaki memandang wanita ajnabi dengan memelihara tiga perkara: Hanya memandang kepada tempat yang bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada […]

27 Disember: Gaza dalam Ingatan

Pada 27 Disember 2009, genap setahun serangan tentera Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza di Palestin. Pada tarikh yang sama pada tahun lepas, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara yang dikenali sebagai Operation Cast Lead selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Gaza dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru