1. Saya bukanlah bekas pelajar SBP. Bolehkah saya menyertai APIS?
    Ya, anda boleh menyertai APIS. Keahlian APIS terbuka kepada mana-mana pelajar dan bekas pelajar SBP atau bukan SBP.
  2. Di manakah kebiasaannya APIS menganjurkan program dan aktivitinya?
    Sehingga kini, program dan aktiviti yang dianjurkan bertempat di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
  3. Adakah APIS menjadi badan bawahan bagi mana-mana persatuan atau organisasi lain?
    Tidak. APIS ialah badan yang berdiri sendiri dan tidak terikat sebagai badan bawahan/proksi bagi mana-mana persatuan atau organisasi lain. Namun begitu, APIS adalah komited dalam memperkasa kerjasama dengan pertubuhan dan organisasi lain yang tidak bercanggahan dasarnya dengan dasar APIS serta tidak bertentangan dengan peraturan agama dan undang-undang negara. APIS beriltizam untuk mencapai kebaikan dan manfaat bagi umat Islam secara umumnya.
  4. Adakah APIS ditubuhkan oleh mana-mana pertubuhan lain?
    Tidak. Idea asal APIS yang pada awalnya dinamakan sebagai Persatuan Pemimpin Islam SBP (PPI SBP) dicetus dan diusahakan oleh pelajar SBP sendiri yang ketika itu masih lagi di bangku persekolahan peringkat SPM. Untuk memperkembang potensi PPI SBP, beberapa pertubuhan Islam peringkat kebangsaan yang sah berdaftar banyak memberikan kerjasama, bantuan dan tunjuk ajar.
  5. Adakah APIS ini hanya terbuka kepada pimpinan dan bekas pimpinan Badan Da’wah dan Rohani (BADAR) di setiap SBP masing-masing?
    Tidak. APIS merupakan sebuah persatuan yang terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berminat untuk menyertainya.