[Ali+Jumah.jpg] Dilahirkan pada 3 Mac 1952 di Bani Suwaif (Mesir). Menuntut ilmu di al-Azhar; tahun 1985 mendapat ijazah M.A dari al-Azhar dalam bidang Usul Fiqh, diikuti ijazah Phd tiga tahun berikutnya (1988) dalam bidang yang sama. Selain dari menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, beliau juga menjadi panel penasihat Syari’ah bagi bank-bank di Mesir dan menganggotai Lujnah Fatwa al-Azhar dan Majlis ‘Ala Mesir (Jawatankuasa Tertinggi Hal-Ehwal Agama, Mesir). Sekarang beliau merupakan Mufti Negara Mesir. Himpunan fatwa beliau diberi nama “Al-Kalimu at-Tayyib” yang sekarang telah diterbitkan sebanyak dua jilid. Selain himpunan fatwa tersebut, banyak lagi hasil-hasil tulisan beliau yang telah diterbitkan, antaranya;

  1. Qadhiyyah Tajdid Fi Usul al-Fiqh
  2. Al-Hukm as-Syar’ie ‘Inda al-Usuliyyin
  3. Al-Imam as-Syafi’ie Wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
  4. Aliyatul-Ijtihad
  5. Ar-Ru’yah Wa Hujjiyyatuha al-Usuliyyah
  6. Al-Imam al-Bukhari

Sumber: http://ulama-amilin.blogspot.com/