Arkib untuk: Masalah Fiqah

Terlanjur

Assalamu’alaikum Ustaz, Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya. Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk ‘pregnancy test‘. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yang bermakna telah sahlah bahawa […]

Hukum Bersanding

Soalan: Assalamualaikum w.r.m. w.b.t. Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh? Sekian Terima Kasih. Jawapan: Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia […]

Cara Mengambil Wudhu’ Orang yang Bersimen/Patah Tangan

Bagaimanakah cara mengambil air sembahyang bagi pesakit yang patah tangan atau kaki dimana anggota tersebut di simen dan tidak boleh terkena air? Jawapan : Dalam hal ini, pesakit tersebut hendaklah bertayammum iaitu menepuk kedua-dua belah tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke muka. Kemudian bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk […]

Hukum Melancap (Onani)

Oleh: Prof. Dr. Mahmood Zuhdi, Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIAM. Soalan: Saya adalah seorang pemuda dalam lingkungan umur 20-an. Saya ada beberapa soalan yang berkaitan dengan hidup saya. 1. Apakah hukumnya jika seseorang itu terus menerus melakukan perbuatan melancap? Adakah ia termasuk dosa besar? 2. Untuk pengetahuan ustaz, perbuatan saya telah berlarutan selama dua […]

Ukuran 2 Marhalah

Soalan: Dalam Kitab Sabilul Muhtadin sifir jarak jauh ini ditulis lagi bahawa satu mil ialah bersamaan 6000 hasta. Kalau dikira 1 hasta bersamaan 1.5 kaki maka jadilah 1 mil itu bersamaan dengan 9000 kaki atau 2.7432 km dan kalau angka ini di kali dengan 48 mil maka ukuran jauh untuk 2 marhalah ialah 131.6736km. Lebih […]

Suara Wanita

Suara wanita pada asalnya tidaklah aurat. Dalam keadaan normal dan aman dari fitnah, harus seorang wanita bercakap dengan lelaki dan harus lelaki mendengar suaranya sama ada berurusan jual-beli, mengajar, menyampaikan taklimat, menjawab telefon atau sebagainya. Pada zaman Nabi s.a.w., wanita-wanita sahabat bercakap dengan Nabi s.a.w. dan bertanya baginda tentang urusan-urusan agama yang bersangkutan dengan mereka. […]

Batas Perbualan Lelaki dan Wanita

Hubungan/interaksi antara lelaki dan wanita dalam banyak keadaan tidak dapat dielakkan. Dalam dunia hari ini, kaum lelaki dan kaum wanita sama-sama bersaing dalam hampir semua sektor. Selagi hubungan tersebut berjalan secara normal, dengan tujuan yang baik (untuk memenuhi urusan dan keperluan), di tempat terbuka dan tidak menimbulkan sebarang syak wasangka orang lain dan tidak ada […]

Membeli Barangan Cetak Rompak

Soalan; Ustaz , apakah hukum memuat turun lagu – lagu , filem dari internet atau membeli barang – barang cetak rompak yang bukan dari sumber yang asli? Jawapan; Dalam soalan saudara itu ada dua perkara yang perlu penjelasan; 1. Kedudukan lagu, filem dan barang-barang itu sendiri; adalah harus di sisi Syarak atau tidak? Jika tidak […]

Aurat

Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa […]

Hukum Mengucap Selamat kepada Perayaan Agama lain

Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah — bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka — insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran […]

Artikel lama