Pertubuhan Alumni Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh Malaysia (APIS) merupakan sebuah NGO Islam yang berperanan sebagai pertubuhan pelajar dan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Pada masa yang sama juga, APIS mengalu-alukan penyertaan mana-mana pelajar dan bekas pelajar selain SBP.

APIS adalah sebuah wadah yang komited dalam melaksanakan peranannya dan memperkasa kerjasama, demi kepentingan dan manfaat agama, bangsa dan negara. APIS beriltizam untuk menjalankan peranannya bertunjangkan kebenaran, keadilan, integriti, keikhlasan dan istiqamah.