Pada 27 Disember 2009, genap setahun serangan tentera Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza di Palestin. Pada tarikh yang sama pada tahun lepas, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara yang dikenali sebagai Operation Cast Lead selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Gaza dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan.

Serangan yang berlangsung hingga 18 Januari 2009 telah membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin manakala 13 orang tentera Israel pula mati dan merosakkan begitu banyak sekali bangunan dan infrastruktur. Serangan ini telah mencatatkan sebagai salah satu serangan paling kejam dan paling hebat yang pernah dilakukan oleh tentera Zionis Israel dalam beberapa tahun yang lepas.

Walau sehebat dan sekejam manapun serangan yang dilancarkan ke atas Gaza, kemenangan tetap berpihak kepada tentera Hamas tentera Allah dan rakyat Palestin. Allahuakbar!

Walaupun diserang dengan hebat dari darat mahupun udara, walaupun tentera Zionis Israel menggunakan kelengkapan tentera yang moden dan canggih lagi kejam, namun Hamas tetap melawan dan menang dengan hanya berbekalkan rifle AK-47, bom tangan dan roket. Dan bekalan yang paling penting semestinyalah keimanan dan keyakinan para pejuang Hamas dan seluruh rakyat Palestin terhadap pertolongan Allah yang sangat kuat serta semangat jihad yang membara.

Sempena genapnya setahun serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza ini, penulis ingin mengajak kita semua menghayati dengan sedalam-dalamnya penderitaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin ini.

Budaya dan cara hidup orang Yahudi dan Nasrani hendaklah kita jauhi. Keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan masyarakat Islam sedunia pada hari ini, semuanya berpunca daripada serangan-serangan Yahudi melalui media, hiburan, fesyen, sukan, politik, ekonomi dan sebagainya.

Rasulullah mengingatkan kita supaya tidak cenderung untuk menurut jejak langkah dan budaya orang Yahudi dan Nasrani dari segenap gaya hidup mereka. Sabda baginda bermaksud:

“Kamu telah mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan orang Nasrani?” Baginda bersabda: “Kalau bukan mereka, siapa lagi?” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di samping itu, kempen dan semangat memboikot barangan Israel mestilah diteruskan dengan lebih serius. Semangat memboikot yang hangat-hangat tahi ayam atau yang bermusim bukanlah suatu semangat memboikot yang kita mahu. Kita mahu kita beriltizam dan bersungguh-sungguh dalam memboikot barangan Israel.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradawi pada 8 Oktober 2001 secara jelas telah menyatakan bahawa WAJIB memboikot barangan buatan Israel dan Amerika seperti mana dalam petikan penuh di bawah:

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahuakbar!!!

Ayuhlah wahai sahabatku sekalian, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh dan seikhlas-ikhlasnya menjauhi semua budaya dan cara hidup yang telah disusun atur oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Kalau tidak mampu berjihad di medan perang melawan tentera Zionis Israel, marilah pula kita memboikot sebanyak dan semampu mungkin barangan Israel. Dalam masa yang sama, sokong dan majukanlah ekonomi umat Islam. Kita mampu melakukannya, percayalah! Bagi mereka yang mengatakan “Tidak”, sebenarnya merekalah itu pengecut dan orang yang banyak alasan. Hati mereka itu masih kurang rasa kebergantungannya terhadap pertolongan Allah.

Hayatilah video di bawah ini.

Palestin

Inilah semangat yang kita mahu dan semua individu Muslim patut contohi. Walaupun usianya masih kecil dan muda, tapi semangatnya untuk melawan kekejaman Yahudi tidak padan dengan usia dan jantinanya. Semangatnya membara dan terpancar keyakinannya terhadap Allah SWT. Inilah antara orang yang membenarkan kata-kata Allah seperti mana firman Allah maksudnya:

“…Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia-lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia-lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” (Al-Hajj, 22: 78)

Marilah juga kita sama-sama sentiasa mendoakan akan kemenangan pejuang Hamas dan seluruh rakyat Palestin dalam menentang kekejaman tentera Zionis Israel. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka

Allahuakbar!

* Ali Hassan merupakan mantan ketua pelajar SBPI Kuantan tahun 2006 dan kini belajar di Perancis dalam bidang kejuruteraan. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada beliau untuk menjadi seorang intelektual Islam yang gemilang.