Al-Fath

Maklumat penulis

Nama: Ikhwan Zhaki
Tarikh didaftarkan: Julai 20, 2009
URL: http://ikhwanzhaki.blogspot.com
Yahoo! IM: muslim_alfath

Latest posts

  1. Program SELIA April 2018 — Mac 22, 2018
  2. Salam Maulidur Rasul 1439 / 2017 — Disember 1, 2017
  3. Hikmah Mingguan APIS (67) — September 23, 2017
  4. Hikmah Mingguan APIS (66) — September 23, 2017
  5. Hikmah Mingguan APIS (65) — September 8, 2017

Most commented posts

  1. Laman-laman Blog BADAR SBP — 11 comments
  2. 10 Buah SBP Tersenarai Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) — 8 comments
  3. Aurat — 5 comments
  4. Motivasi: Menurunnya keimanan itu, bukan alasan untuk bersedihan. — 3 comments
  5. Jom Berkelah Bersama APIS — 3 comments

Senarai artikel penulis

Sekitar Keputusan SPM 2009

Sumber: mstar.com.my SPM 2009: 7,987 calon dapat gred A bagi semua mata pelajaran Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PUTRAJAYA: Seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada […]

Kisah Lucu Guru Nafi Kewujudan Tuhan

Telah diriwayatkan dalam suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah di mana seorang guru berdiri di hadapan pelajar lalu bertanya kepada mereka: “Adakah awak semua boleh melihat saya?” Para pelajar menjawab, “Ya!” Lalu guru tersebut berkata: “Ini bererti saya wujud.” Dia bertanya lagi kepada para pelajar: “Adakah kamu semua melihat papan hitam?” Para […]

10 Buah SBP Tersenarai Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Pihak APIS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 10 buah SBP yang telah tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Semoga kecemerlangan yang dimiliki terus dikekalkan dan ditingkatkan lagi. Bagi SBP yang tidak tersenarai, insya Allah akan sentiasa ada peluang untuk kita mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan sebegini. PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan […]

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna

Berikut ialah hebahan mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh salah sebuah NGO Islam (bukan APIS) di Malaysia iaitu ISMA. Moga beroleh manfaat yang besar dan berkekalan. Maklumat lanjut dapat diperoleh di sini: http://kobanna.ismaweb.net/

Membeli Barangan Cetak Rompak

Soalan; Ustaz , apakah hukum memuat turun lagu – lagu , filem dari internet atau membeli barang – barang cetak rompak yang bukan dari sumber yang asli? Jawapan; Dalam soalan saudara itu ada dua perkara yang perlu penjelasan; 1. Kedudukan lagu, filem dan barang-barang itu sendiri; adalah harus di sisi Syarak atau tidak? Jika tidak […]

Aurat

Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa […]

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah Muhammad

Dilahirkan pada 3 Mac 1952 di Bani Suwaif (Mesir). Menuntut ilmu di al-Azhar; tahun 1985 mendapat ijazah M.A dari al-Azhar dalam bidang Usul Fiqh, diikuti ijazah Phd tiga tahun berikutnya (1988) dalam bidang yang sama. Selain dari menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, beliau juga menjadi panel penasihat Syari’ah bagi bank-bank di Mesir dan menganggotai Lujnah […]

Hukum Mengucap Selamat kepada Perayaan Agama lain

Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah — bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka — insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran […]

Berinteraksi dengan Wanita Tidak Bertudung

Berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram (yakni bercakap dan berurusan dengannya) adalah harus, tiada sebarang tegahan dari Syarak pada asasnya. Namun hendaklah menjaga adab-adab yang ditetapkan Syarak termasuk yang berhubung dengan pandangan. Harus lelaki memandang wanita ajnabi dengan memelihara tiga perkara: Hanya memandang kepada tempat yang bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada […]

Kek Untuk Ibu

Oleh Nur Muassar Kelihatan di suatu sudut di pantai, terdapat 2 orang kanak-kanak lelaki sedang bermain pasir bersama-sama sambil bergelak ketawa. Hanya mereka berdua. Salah seorang dari mereka bangun dan pergi mengutip kulit-kulit kerang yang sudah mati. Pabila sampai, lagi seorang bangun dan berlari ke kawasan paya bakau dan kembali berlari-lari dengan seronoknya sambil menjerit, […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru