Hikmah Milik Orang Bijaksana

Hikmah Mingguan APIS 
Bil. 67, Tarikh 12 Ogos 2017 / 19 Zulkaedah 1438

Abu Hurairah rodhiyaAllahu anhu meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda:

“Kalimat hikmah itu adalah umpama suatu barang yang hilang bagi seseorang yang bijak pandai. Oleh sebab itu, di mana-mana jua dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak untuk memiliki dan mengamalkannya.”

Riwayat Imam at-Tirmidzi dan Ibnu Majah

Huraian Hadis :

1. Hikmah : mengikut pendapat Imam Malik yang dimaksudkan dengannya ialah kefahaman agama, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 269.

2. Orang yang bijak pandai suka mencari hikmah dari pelbagai sumber. Mereka bijak memanfaatkan ruang peluang yang ada.

3. Kita boleh mengambil hikmah walaupun datangnya dari orang yang tidak bijak. Ibaratnya seperti anak panah yang mengenai sasarannya tetapi dilontarkan bukan ahlinya.

Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Martabat Ilmu dan Ulama, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 

_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP