Keutamaan Ucapan Ta’ziah

Hikmah Mingguan APIS
Bil. 66, Tarikh 5 Ogos 2017 / 12 Zulkaedah 1438

Keutamaan Memberikan Ucapan Ta’ziah

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ حُلَل الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah seorang mukmin berta’ziah kepada saudaranya yang diberikan musibah kecuali Allah akan memakaikan pakaian kemuliaan kepadanya pada hari kiamat.”

( Riwayat Imam Ibn Majah)

Ucapan Ta’ziah Beroleh Pahala Seperti Orang yang Diberikan Musibah

مَنْ عَزَّى مُصَابًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ

“Sesiapa yang berta’ziah kepada orang yang diberikan musibah, maka baginya pahala seperti pahala yang diperolehi orang tersebut.” (Riwayat Imam Tirmidzi)

Huraian Hadis :

1. Sebarang bentuk musibah yang dihadirkan oleh Allah kepada orang beriman seperti kematian, kebakaran, kemalangan dan lain-lain lagi adalah suatu ketetapan yang berlaku dengan pengetahuan dan keizinan Allah.

2. Sebagai salah satu adab mulia orang yang beriman, kita diajarkan untuk turut sama-sama menyatakan kesedihan, keprihatinan, meringankan beban perasaan dengan ucapan doa, kata-kata positif.

3. Ganjaran disediakan Allah kepada mereka yang melakukan sedemikian, antaranya dipakaikan pakaian kemuliaan di akhirat dan diberikan pahala seumpama orang yang menghadapi musibah tersebut.

Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Ustaz Mohd Hazri Hashim

Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 

_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP