Pihak APIS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 10 buah SBP yang telah tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Semoga kecemerlangan yang dimiliki terus dikekalkan dan ditingkatkan lagi. Bagi SBP yang tidak tersenarai, insya Allah akan sentiasa ada peluang untuk kita mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan sebegini.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:
Sekolah berasrama penuh:
- Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
- Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
- Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
- Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
- Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
- Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
- Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
- Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
- Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
- Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
- Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
Sumber berita: www.bharian.com.my
Tiada ulasan sehingga kini
8 pingbacks
Hafiz 9'13:
Januari 26, 2010 pada 4:22 pm (GMT +0800)
Murid sekolah berprestasi tinggi mesti berpresti tinggi dalam akedemik, kokurikulum, dan penampilan diri jugak… Yg paling pnting skali sasiahnya juge… ^_^
Al-Fath:
Januari 27, 2010 pada 12:43 am (GMT +0800)
Hafiz, benar tu. Yang penting, mereka perlu jadi manusia yang berkualiti sebagai hamba dan khalifah Allah. Jelas, akhlak Rasulullah s.a.w. perlu jadi amalan. Barulah betul2 hebat! =)
mniz01:
Januari 27, 2010 pada 5:41 pm (GMT +0800)
bole tau ape kriteria yg diambil oleh pihak kerajaan untuk mengumumkan senarai ni? Pada pandangan saya, saya kurang bersetuju tindakan melebih-lebihkan sesetengah sekolah dengan sekolah yang lain, kerana kalau ikutkan pengalaman saya belajar di oversea sekarang, tak ada beza pun produk mana-mana sekolah sbp
Al-Fath:
Januari 27, 2010 pada 7:37 pm (GMT +0800)
mniz01, daripada B Harian online,
Kriteria pemilihan SBT :
adibah:
Februari 21, 2010 pada 8:30 pm (GMT +0800)
assalamua’laikum,ana adibah >x sBP.apakah tips supaya think positive?
Al-Fath:
Februari 22, 2010 pada 6:44 am (GMT +0800)
W’salam Adibah. Saya cadangkan cuba baca buku tulisan Dr. ‘Aidh Qarni, contohnya yang berjudul “La Tahzan” (Jangan Bersedih). Juga perlu kita yakini bahawa rahmat dan pertolongan Allah sentiasa luas dan akan diturunkan kepada kita andai kita sentiasa berusaha dan berdoa. Insya Allah.
adilah:
Mac 2, 2010 pada 6:43 am (GMT +0800)
Syukur alhamdulillah stf terpilih.Rasa berbaloi sgt2 dengan ape yang telah dilakukan tahun lepas.Syabas dan tahniah..
Al-Fath:
Mac 3, 2010 pada 4:54 pm (GMT +0800)
Alhamdulillah. Tahniah