Sayang Allah

Dulu masa kecil, kita dikisahkan dengan kisah Si Tanggang anak durhaka. Sedari kecil kita diajar supaya menghormati ibu bapa, menyayangi mereka dan sentiasa berbakti dengan mereka. Bila keluar saja berita anak derhaka kepada ibu bapa di surat khabar, masing-masing menyatakan kekesalan terhadap anak itu. Saya nak tanya, sebab apa? Sebab mereka yang melahirkan kita ke […]

Doa Orang Dizalimi

Bersumberkan Abdullah bin Abbas r. ‘anhuma memberitakan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Ertinya: Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan Allah. Hadits Riwayat Al-Bukhari Pengajaran Hadits: Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama. Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan […]

Terlanjur

Assalamu’alaikum Ustaz, Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya. Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk ‘pregnancy test‘. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yang bermakna telah sahlah bahawa […]

Mengenali Pengertian Khusyuk dalam Solat

Seorang rakan bertanya kepada saya, bagaimanakah untuk mengekalkan khusyuk dalam solat? Meskipun tidak menjadi salah satu syarat sah dalam solat, hakikatnya khusyuk tetap menjadi suatu tuntutan yang amat penting demi menjaga kesempurnaan solat. Menurut pendapat saya, bagi menjawab persoalan bagaimana untuk khusyuk dalam solat, kita perlulah terlebih dahulu memahami apakah erti khusyuk, dan mengapakah perlu […]

Hukum Bersanding

Soalan: Assalamualaikum w.r.m. w.b.t. Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh? Sekian Terima Kasih. Jawapan: Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia […]

Sebuah Kenikmatan yang Dinafikan

Kiriman oleh: Faisal Mat Zawi Sumber: assadulkalantani.blogspot.com Disunting oleh: Normen Kuala Krai dilanda hujan lagi, saya pun masih mengira butir-butir air yang menari galak turun ke bumi. Tiga bulan sudah saya meninggalkan kampung Batu Lada berada di tanah orang. Dan masih seperti sediakalanya kampung saya. Geger dengan riuh tawa masyarakat kampung dan hilai ungka dan […]

Akta Halal dikuatkuasakan tahun depan

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya mengenai bentuk tindakan atau hukuman yang akan dikenakan berdasarkan akta itu sama ada ia dalam bentuk penjara atau denda Jamil Khir berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

“Untuk pengetahuan penyediaan akta ini turut melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pejabat Peguam Negara.

“Kami bersama-sama merangka akta ini termasuk bentuk hukuman atau tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah. Setakat ini kami masih belum putuskan apakah bentuk hukuman yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, penguatkuasaan akta itu merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kementeriannya.

“Kita mahu logo halal, penyediaan makanan halal, pembungkusan bahan makanan halal dan segala isu berkaitan halal dihormati oleh semua pihak dan atas faktor ini jugalah kerajaan akan memperkenalkan Akta Halal,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan semasa majlis pelancaran kempen itu beliau berkata, berdasarkan kajian oleh HighBeam Research pada tahun 2007, nilai pasaran makanan halal ialah AS$150 bilion (RM510 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.7 trilion) pada tahun 2010.

“Ini merujuk kepada prospek pengguna Muslim yang kini berjumlah 1.8 bilion dan meliputi 112 negara. Peningkatan ini, secara relatifnya adalah satu lonjakan yang sangat besar,” katanya.

[Petikan dari Berita harian, bertarikh 27 februari]

Artikel asal :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Cara Mengambil Wudhu’ Orang yang Bersimen/Patah Tangan

Bagaimanakah cara mengambil air sembahyang bagi pesakit yang patah tangan atau kaki dimana anggota tersebut di simen dan tidak boleh terkena air? Jawapan : Dalam hal ini, pesakit tersebut hendaklah bertayammum iaitu menepuk kedua-dua belah tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke muka. Kemudian bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk […]

Anak Soleh

BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH? Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang […]

Sebarkanlah Ilmu

Islam menganjurkan kita belajar dan mengajar. Allah SWT berfirman yang bermaksud; ” Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, supaya mereka itu dapat menjaga diri.” (At-Taubah:122) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Allah […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru