Dulu masa kecil, kita dikisahkan dengan kisah Si Tanggang anak durhaka. Sedari kecil kita diajar supaya menghormati ibu bapa, menyayangi mereka dan sentiasa berbakti dengan mereka.

Bila keluar saja berita anak derhaka kepada ibu bapa di surat khabar, masing-masing menyatakan kekesalan terhadap anak itu.

Saya nak tanya, sebab apa?

Sebab mereka yang melahirkan kita ke dunia, mereka menjaga kita, memberi makanan, pakaian dan pendidikan, dan bermacam lagi.

Sayang terhadap ibu bapa itu memang fitrah semulajadi manusia, kan?

Sekarang saya nak tanya, macam mana dengan sayang dan hormat kita dengan Allah?

Hari ini kita selamba saja tak hormat Allah, tak sayang Dia. Selamba saja kita tinggal apa yang Dia suruh, malahan buat yang Dia larang. Selamba saja kita buka aurat kita, selamba saja kita tak solat awal waktu, selamba saja tengok benda-benda lagha, selamba saja membazir masa menonton wayang. Selambanya.

Padahal, kita kata kita sayang dan hormat Allah. Andai betul sayang itu ada, jom pamerkannya. Kalau benar kita islam, tunjuk islam itu.

Saya sayang Allah.
🙂