Islam menganjurkan kita belajar dan mengajar. Allah SWT berfirman yang bermaksud; ” Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, supaya mereka itu dapat menjaga diri.” (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Allah jernihkan wajah orang yang mendengar sesuatu daripada kami kemudian dia menyampaikannya sebagaimana yang didengarinya. Berapa banyak orang yang menerima lebih faham daripada yang mendengarnya secara langsung.” (Riwayat Tirmizi)

Sebaik-baik amal yang dilakukan oleh seseorang muslim dan pahalanya terus diterima walaupun setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang dengannya dia telah dimuliakan Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud: ” Sedekah paling afdhal ialah seseorang mengajar seorang muslim sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudara muslimnya yang lain.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sebarkanlah ilmu yang kita miliki walaupun kadang-kadang kita berasa malu untuk berkongsi dek kerana rasa rendah diri. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.” Kita tidak mengetahui mungkin dengan sedikit itu mampu memberi manfaat dan syafaat untuk kita semua ummatul islam inshaAllah.

Allahu ta3ala a3lam.