Bagaimanakah cara mengambil air sembahyang bagi pesakit yang patah tangan atau kaki dimana anggota tersebut di simen dan tidak boleh terkena air?
Jawapan :
Dalam hal ini, pesakit tersebut hendaklah bertayammum iaitu menepuk kedua-dua belah tangan di atas debu yang bersih kemudian menyapu ke muka. Kemudian bersihkan baki-baki debu yang terdapat di tangannya dan tepuk di atas debu yang baru. Tapak tangan kanan menyapu tangan kiri, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan walaupun di atas simen.
Sekiranya pesakit tersebut berkeupayaan untuk mengambil wudhu’ maka dia hendaklah membasuh anggota-anggota yang boleh disapu air. Sekiranya dia tidak berkemampuan (darurat sekiranya terkena air) memadai bertayammum sahaja. Satu perkara yang perlu diingati oleh setiap muslim, solat wajib dilakukan walau dalam apa keadaan sekalipun mengikut kemampuan masing-masing dan solat tersebut wajib diqadha’ apabila sembuh.
*Permasalahan dan jawapan ini diambil daripada laman Soal Jawab Agama Jabatan Agama Islam Selangor,http://soaljawab.jais.gov.my/
Tiada ulasan sehingga kini
11 pingbacks
Nasri:
Mac 2, 2010 pada 12:32 am (GMT +0800)
Salam. terdapat pendapat yang lebih kuat mengatakan tidak perlu diulang solat tersebut. Harap admin dapat mengemaskini semula fakta. WAllahualam
Al-Fath:
Mac 3, 2010 pada 4:53 pm (GMT +0800)
Salam. Ok. Insya Allah. Anda ada rujukannya? Syukran
Nasri:
Mac 3, 2010 pada 7:07 pm (GMT +0800)
Salam.
Ana ada dua rujukan yang patut disekalikan. Kalau anta nak, ana boleh gabungkan sekali. Tetapi ana rasa baiklah anta tengok dahulu. Kedua-duanya dari http://www.islam-qa.com yang memberikan fatwa mengenai pelbagai masalah.
1. Mengenai mengambil wuduk menggunakan simen yang boleh dikiaskan kepada memakai “plaster”:
– http://www.islam-qa.com/en/ref/2173
Dalam soal ini. Apabila dirujuk dalam fatwa 2173 Sh Salih, dia hendaklah menyapu pada anggotanya yang dibalut.
2. Mengenai solat orang yang menyapu air pada anggota yang dibalut.
-http://www.islam-qa.com/en/ref/21564
Dalam kes ini, dikatakan bahawa mereka yang bertayamum dan yang menyapu khuf (stokin) adalah sama suci dengan orang yang berwuduk sempurna. Jadi, jika wuduk sah. Solat pun mestilah sah dan tidak diulang solat itu.
WAllahualam. Islam menyenangkan umatnya dalam pelbagai perkara. Disebabkan seseorang itu sakit, takkanlah dia perlu mengulangi solat itu semula. Seolah-olah Islam menyeksa orang yang sakit. WAllahualam. Namum saya cadangkan antum semua merujuk dengan pakar untuk kepastian. Saya hanya membaca fatwa di atas.
Al-Fath:
Mac 9, 2010 pada 1:41 pm (GMT +0800)
Jazakallah khairal jazak Akhi Nasri. Pentadbir Portal APIS merasakan apa yang anda sudah muatkan di bahagian komen ini sudah sangat membantu, dan insya Allah pembaca akan mengambil perhatian.
Teruskan memberikan sokongan.
syah:
Jun 17, 2011 pada 5:17 pm (GMT +0800)
Solat dalam keadaan apapun kena lakukan juga…walaupun dalam keadaan sakit…dan pahala2 ya diperolehi dari membuat kebaikan ketika sehat juga Allah akan beripadanya ketika dia sakit…tetapi solat walau apa keadaan sekalipun kena buat….so kalau sakit wajib solat..jadi xpayah lah nak qadak…
Rogayah:
Oktober 31, 2011 pada 5:45 pm (GMT +0800)
Tayammum merupakan rukhsah(keringanan) bagi orang yang tidak dapat menggunakan air
nadia:
Oktober 7, 2012 pada 1:26 pm (GMT +0800)
salam,,bagaimanakah pula untuk pesakit yang bersimen di bahagian kakinya???adakah bertayamum ini hanya berdebu di bahagian muka dan bahagian yang bersimen itu sahaja,,..??? bahagian wajib lain tak perlukah???
salam:
Disember 1, 2012 pada 6:30 am (GMT +0800)
akhi nasri , fatwa yg antum baca tu mungkin betul mungkin tak tepat, kerana ianya fatwa tapi ianya tidak boleh menjadi rujukan utama namun bagi mereka yg kurang tahu maka terpaksa bergantung dengan fatwa dan fatwa pula banyak pandangan ada ahli fatwa yg bukan ahli dan ada fatwa yg lebih kurang , maka nasiblah pada mereka yg mengamalkan fatwa yg mungkin tidak tepat yg datang dari bukan ahli fatwa mudahan Allah akan ampunkan dosa dan menggandakan dosa kepada orang yg mengeluarkan fatwa yg bukan ahlinya…yg pasti Islam itu mudah tetapi tidak bolehlah dipermudahkan hanya dengan logik aqal kita yg berfikir agama itu mudah dan boleh memberi jawapan semudah logik yg kita guna . Perlu penerangan jelas , bagaimana yg kena qada dan bagaimana yg tak perlu qada….para ulama sudah membincangkan tentang itu panjang dan lebar , tinggal lagi kita mempermudahkan dan mencari mudah perkara yg kita lihat dari sudut aqal sehingga mula menggunakan logik…..sedangkan perkara tersebut tidak boleh dipermudahkan hanya krn aqal kita yg tidak bersetuju atau rasa kurang menerima…fikir-fikirlah . rujuklah kitab imam nawawi -majmuk syarh muhazzab , fathul qarib dll kitab feqah yg mudah-mudah ….kena usaha sikit . maaf tuan punya portal , dan maaf juga akhi nasri….sama-sama beri kebaikkan yg tak seberapa dari saya .
SITI NURUL AMIRAH BINTI ZOR .:
Julai 13, 2013 pada 8:08 pm (GMT +0800)
Assalamualaikum .. tumpang tanya , saya kurang faham dengan kenyataan yang mengatakan ” Satu perkara yang perlu diingati oleh setiap muslim, solat wajib dilakukan walau dalam apa keadaan sekalipun mengikut kemampuan masing-masing dan solat tersebut wajib diqadha’ apabila sembuh. ” . maksudnya bila dah sembuh nanti perlu qada’ balik solat yang dilakukan dengan bertayammum ke ? Mohon pencerahan . Terima kasih .
yusuf:
Februari 27, 2019 pada 6:29 pm (GMT +0800)
sy nk tye,mcm mane bg ore yg bahu ptah,dan tdk boleh mngerakkan tgn bg mmastikan bhu berada dlm keadaan asal utk tjuan pnyembuhan cepat..soalan sy,bgaimna cara smbhyang n cra ambik air sembahyang bg org mcm ni.sekian
suradi:
Disember 16, 2021 pada 8:02 pm (GMT +0800)
assalamualaikum.. . boleh terangkan bagaimana cara solat bagi org yang tidak boleh menggerakkan kedua belah tangan di sebabkan patah?