Soalan:
Assalamualaikum w.r.m. w.b.t.
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan:
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara’.
*Permasalahan dan jawapan ini diambil daripada laman Soal Jawab Agama Jabatan Agama Islam Selangor, http://soaljawab.jais.gov.my/
Tiada ulasan sehingga kini
2 pingbacks
wan:
Mac 2, 2010 pada 6:48 am (GMT +0800)
Syarat pertama mungkin ramai yang buat.Syarat kedua tu,macam mana pula?Kira jgn bagi tetamu tgk persandingan ke?Cuma yang mahram shj?
Al-Fath:
Mac 3, 2010 pada 4:55 pm (GMT +0800)
Adab yang sepatutnya ialah kecantikan pengantin perempuan tidak boleh dipamerkan kepada umum. Juga apabila orang ramai melihat, banyak kemungkinan perkara tidak baik lain akan berlaku.