Shahreza Shahrir

Maklumat penulis

Nama: Shahreza Shahrir
Tarikh didaftarkan: Julai 20, 2009
URL: http://www.shahrezashahrir.com
Yahoo! IM: shake_reza

Latest posts

  1. Fadilat dan Hikmah Korban — November 18, 2010
  2. Anda Tercekik Tulang? — Oktober 27, 2010
  3. Animals and Islam — Oktober 23, 2010
  4. Sifat tuhan mengikut definisi dua agama terbesar (2) — Mei 12, 2010
  5. Bangun pagi dengan cara sihat? — Mei 11, 2010

Most commented posts

  1. Sifat tuhan mengikut definisi dua agama terbesar — 4 comments
  2. Tolong sampaikan sedekahku ini kepada para… Pelacur — 2 comments
  3. Kamu, Masa dan Islam. — 2 comments

Senarai artikel penulis

Fadilat dan Hikmah Korban

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi Huraian : Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) […]

Anda Tercekik Tulang?

(petua tercekik tulang-sebuah kisah benar) Aku datang dari keluarga yg besar…16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup “gaya pulang ke pangkal jalan’”…maka adalah yg tak kena sana sini…oh.. Masa makan, […]

Animals and Islam

Bismillah Mistreating animals is considered a sin in Islam. A Muslim is responsible for the care of animals so much so that an ill-treated animal will testify against the one who abused it on the Day of Judgment. Islam forbids branding animals and killing them in vain, such as for sport. The Prophet Muhammad صلى […]

Sifat tuhan mengikut definisi dua agama terbesar (2)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Pencipta Agung. Saya ingin meneruskan apa yang saya sampaikan 2 hari lalu. Semoga apa yang saya sampaikan ini bakal menjadi ilmu tambahan untuk kita semua.

Bangun pagi dengan cara sihat?

Bismillah Hari ini , mari kita sama-sama baca artikel ini yang mana saya jumpa dalam sebuah laman forum Indonesia, jiran serumpun kita yang membincangkan perihal ‘Bangun pagi dengan cara yang sihat‘ *Nota tambahan : Artikel dalam bahasa Indonesia

Sifat tuhan mengikut definisi dua agama terbesar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Pencipta Agung. Persoalan mengenai Tuhan sering keli menjadi persoalan hangat dalam sejarah ketamadunan manusia. Dahulu, sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan hidup di tebing sungai Indus berfikir, lalu bertanya, “Siapakah yang menciptakan semua ini?”. Lalu penyelesaiannya dijumpai dalam agama hindu. Buddha datang membawa penyelesaian yang baru, […]

Tolong sampaikan sedekahku ini kepada para… Pelacur

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir

Akta Halal dikuatkuasakan tahun depan

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya mengenai bentuk tindakan atau hukuman yang akan dikenakan berdasarkan akta itu sama ada ia dalam bentuk penjara atau denda Jamil Khir berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

“Untuk pengetahuan penyediaan akta ini turut melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pejabat Peguam Negara.

“Kami bersama-sama merangka akta ini termasuk bentuk hukuman atau tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah. Setakat ini kami masih belum putuskan apakah bentuk hukuman yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, penguatkuasaan akta itu merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kementeriannya.

“Kita mahu logo halal, penyediaan makanan halal, pembungkusan bahan makanan halal dan segala isu berkaitan halal dihormati oleh semua pihak dan atas faktor ini jugalah kerajaan akan memperkenalkan Akta Halal,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan semasa majlis pelancaran kempen itu beliau berkata, berdasarkan kajian oleh HighBeam Research pada tahun 2007, nilai pasaran makanan halal ialah AS$150 bilion (RM510 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.7 trilion) pada tahun 2010.

“Ini merujuk kepada prospek pengguna Muslim yang kini berjumlah 1.8 bilion dan meliputi 112 negara. Peningkatan ini, secara relatifnya adalah satu lonjakan yang sangat besar,” katanya.

[Petikan dari Berita harian, bertarikh 27 februari]

Artikel asal :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Pemberitahuan : Rumah Terbuka En. Muzakkir

Bismillah Pemberitahuan : Kawan kita, Muzakkir akan mengadakan Rumah terbuka, dan maklumat-maklumat berkaitannya adalah seperti berikut: 27 September 2009 ( Ahad ) Dari pagi sampai ke malam N0 19, Jalan 5, Taman Gombak, 68100 Batu Caves ( Selangor ) Diharap, ramai-ramailah antara kita yang akan datang ke rumahnya. Salam Ramadhan dan juga Syawal ~

Ini adab dalam Ramadhan ke?

Bismillah, . Apa khabar semua? Kawan-kawan, nampaknya kita sudah memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan (ha, kawan-kawan sedak tak?), jadi mari sama-sama kita lihat adakah kita mengikuti adab-adab berbuka yang telah dianjurkan oleh baginda Rasulullah? Jom semak ~ Bahan yang ingin saya kongsi ini (dari blog dari seorang rakan) bakal menyentuh dua aspek :- Fenomena-fenomena […]

Artikel lama