Arkib untuk: Dunia Islam

Akta Halal dikuatkuasakan tahun depan

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya mengenai bentuk tindakan atau hukuman yang akan dikenakan berdasarkan akta itu sama ada ia dalam bentuk penjara atau denda Jamil Khir berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

“Untuk pengetahuan penyediaan akta ini turut melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pejabat Peguam Negara.

“Kami bersama-sama merangka akta ini termasuk bentuk hukuman atau tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah. Setakat ini kami masih belum putuskan apakah bentuk hukuman yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, penguatkuasaan akta itu merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kementeriannya.

“Kita mahu logo halal, penyediaan makanan halal, pembungkusan bahan makanan halal dan segala isu berkaitan halal dihormati oleh semua pihak dan atas faktor ini jugalah kerajaan akan memperkenalkan Akta Halal,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan semasa majlis pelancaran kempen itu beliau berkata, berdasarkan kajian oleh HighBeam Research pada tahun 2007, nilai pasaran makanan halal ialah AS$150 bilion (RM510 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.7 trilion) pada tahun 2010.

“Ini merujuk kepada prospek pengguna Muslim yang kini berjumlah 1.8 bilion dan meliputi 112 negara. Peningkatan ini, secara relatifnya adalah satu lonjakan yang sangat besar,” katanya.

[Petikan dari Berita harian, bertarikh 27 februari]

Artikel asal :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Gejala rasuah (Bahagian 1)

Saya anti-rasuah Apakah itu RASUAH? Jika dilihat pada asal usul perkataan tersebut, dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai ‘al-risywah‘. Rasuah ialah satu tindakan pemerasan yang dilakukan seseorang dengan tujuan mendapatkan faedah untuk dirinya sendiri. Ia juga merupakan suatu salah guna kuasa yang ada bagi keuntungan dirinya. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai jalan untuk mendapat kekayaan dalam […]

Israel Akui Guna Fosforus Putih

Berkeras tindakan tidak mencabuli undang-undang antarabangsa. BAITULMAQDIS: Israel kelmarin mengakui anggota tenteranya menggunakan fosforus putih dalam serangan ke atas Gaza Januari lalu tapi berkeras perbuatannya itu tidak mencabuli undang-undang antarabangsa. Dalam kenyataan setebal 163 muka surat yang dikeluarkan menjelang siasatan jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka siap bulan depan, Israel mempertahankan serangan 22 […]

Wanita Islam, Hak Asasi dan Politik Tudung

Oleh Haris Zalkapli Hak asasi wanita Muslim untuk memakai hijab dijadikan isu politik oleh negara Barat. — Gambar dari Reuters KUALA LUMPUR, Julai 28 — Dua isu besar dalam politik dunia — tetapi agak kurang mendapat perhatian — tercetus akibat politik di Eropah dalam tempoh beberapa bulan lalu: Kecaman Presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap pemakaian […]