Arkib untuk: Artikel

Pilihlah untuk Menjadi Mulia

Lelaki itu sungguh hebat! Seawal umur 13 tahun sudah berkobar-kobar semangatnya untuk menyertai jihad fi sabilillah bersama para sahabat di medan Badar, sedang pedangnya sendiri lebih panjang dari ketinggiannya. Walau keinginannya ditolak oleh Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم, semangatnya tetap utuh – mesti berjihad demi menegakkan Islam!

Tanggungjawab atau Tanggung+Jawab??

Hidup ini penuh dengan tanggungjawab. Atau lebih tepat lagi, hidup hadir dengan tanggungjawab – ertinya, hidup tanpa tanggungjawab adalah MATI! Dari kecil hingga dewasa, ada sahaja tanggungjawab kita. Tak pernah habis dan takkan habis. Tapi, apa itu tanggungjawab?

Kesedihan atas kebenaran

Telah berkata sebahagian ulama salaf: Hendaklah kamu berpegang teguh kepada kebenaran, dan janganlah berasa sunyi (atau sedih) kerana melihat jumlah yang kecil yang berjalan di atasnya. Sebaliknya, jauhilah kebatilan, dan janganlah kamu tertipu kerana melihat jumlah yang ramai di atasnya. (Madarijus Salikin – Ibn Qaiyim Al-Jauzi Jilid 1 halaman 22) Kebenaran ada maharnya dan maharnya […]

Luasnya Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH…
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH…
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH…AMIN…

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Wahai Pemuda!

Wahai pemuda! Setiap fikrah itu akan hanya berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. Sepertinya keempat-empat rukun ini, iaitu iman, ikhlas, semangat, bekalan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar […]

JADILAH SEPERTI SEPOHON KAYU YANG TERKULAI

“ Bagaikan sepohon kayu yang terkulai dek tiupan angin,” kata Saidina Ali ra. “Demi Allah, aku telah melihat sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, tetapi hari ini, aku tidak lagi melihat individu-individu seperti mereka. Bangun pagi kelihatan muka mereka kuning, rambut kusut-masai dan berdebu, dahi mereka kematu bak kaki biri-biri, kerana banyak bersujud kepada Allah swt dan […]

Cintakan Dunia Dan Takutkan Mati…..

Khas untuk diri saya, juga diri anda.. 🙂 Di antara pertanyaan yang masih ditanyakan dan belum habis dijawab mengenai umat islam ialah mengapa mereka pada hari ini lemah dan mundur padahal lebih 1000 tahun dahulu mereka kuat, maju dan dihormati? Apakah pokok ajaran Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh pengikutnya dahulu dan adakah yang diajarnya tidak […]

Wasiat Ibn Arabi Agar Tidak Memusuhi Ahli Tawhid

Berhati-hatilah engkau agar jangan memusuhi ahli lâ ilâhâ illâ Allâh, kerana ia memiliki pertolongan yang umum dari Allah. Mereka adalah para wali Allah (1). Jika mereka melakukan kesalahan dan mendatangkan ke bumi ini kesalahan yang tidak menyebabkan mereka menyekutukan Allah sedikit pun, maka Allah menemui mereka dengan membawa ampunan(2). Barangsiapa yang telah ditetapkan pertolongan atas […]

Bagaimana Para Sahabat Mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w.?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN Utusan Malaysia, 7 September 2010 Dipetik daripada laman ini (dengan izin penyedia). DALAM kesempatan yang lalu, kita telah memetik perbahasan tentang ta’zhim (mengagungkan) dalam Islam dan membezakannya dengan perbuatan menyembah. Maka kita sudah memahami bahawa tidak semua semua perbuatan memuliakan dan mengagungkan seseorang itu seperti dalam bentuk memanggil […]

Rasuah Menurut Hukum Syara’

Siti Nurhidayah Kamarudin SMS Johor, SPM 2011 Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru