Khas untuk diri saya, juga diri anda.. 🙂
Di antara pertanyaan yang masih ditanyakan dan belum habis dijawab mengenai umat islam ialah mengapa mereka pada hari ini lemah dan mundur padahal lebih 1000 tahun dahulu mereka kuat, maju dan dihormati? Apakah pokok ajaran Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh pengikutnya dahulu dan adakah yang diajarnya tidak diamalkan sekarang?
Masalah ini sebenarnya sudah lama ada jawapannya tetapi jawapan itu tidak dilaksanakan dan tidak dihayati oleh umat Islam sendiri. Rasulullah s.a.w sebenarnya telah memberi amaran tentang kelemahan umat Islam pada akhir zaman nanti. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka…” Maka salah seorang sahabat bertanya,”Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI
[Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
Hadis itu sekaligus menjawab pertanyaan tersebut. Tegasnya, umat Islam sekarang lemah dan mudah ditindas oleh umat yang lain kerana mereka cintakan dunia dan takut pada mati. Sebaliknya, umat Islam pada
zaman Rasulullah s.a.w dahulu tidak cintakan dunia dan tidak takut pada mati.
Dengan kata lain, sikap salah yang diamalkan oleh umat Islam sekarang tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w tetapi sebaliknya sikap benar yang diajar oleh baginda tidak diamalkan dan tidak dihayati oleh umatnya sekarang..fikir-fikirkan…..
sumber : *majalah al-Hidayah ’92 SMAKJ.
Tinggalkan Balasan