“Kenapa kamu lewat datang ke kelas?”

“Nak kahwin bukan mudah. Kahwin bukan hanya dengan cinta dan sayang, tapi hadir dengan penuh tanggungjawab”

“The difference between a man and a guy is a man finish the job but a guy just do the job”

“Apa ertinya aku memilih Islam sebagai cara hidup?”

200711531748_prayer mat

Hidup ini penuh dengan tanggungjawab. Atau lebih tepat lagi, hidup hadir dengan tanggungjawab – ertinya, hidup tanpa tanggungjawab adalah MATI!  Dari kecil hingga dewasa, ada sahaja tanggungjawab kita. Tak pernah habis dan takkan habis. Tapi, apa itu tanggungjawab?

Adakah tanggungjawab itu, kita buat sesuatu mengikut kesukaan kita. Kemudian, kita TANGGUNG akibatnya seorang diri. Atau sekurang-kurangnya, kita mampu menJAWAB jika ditanya. Itukah “tanggungjawab”? Atau itu “tanggung+jawab”?

Jikalau itu tanggungjawab, maka hidup ini tiada batasan. Jika tiada batasan, maka hilang manfaat dan akan datang mudarat. Bukankah BATAS pada sungai memberi manfaat yang cukup besar pada manusia?

Jika itu tanggungjawab, maka bolehlah kita menonton video lucah. Akibatnya, kita akan TANGGUNG sendiri. Dan jika disoal, kita pasti mampu menJAWAB. Kalaulah itu tanggungjawab, maka tidak perlulah diwujudkan istilah “tanggungjawab” kerana hanya bayi sahaja yang tidak mampu TANGGUNG sendiri perbuatannya (kerana fizikal yang belum cukup kuat) dan tidak mampu JAWAB (kerana hanya boleh mengatakan “Mama” dan “Papa” sahaja). Jadi, semua orang di bumi ini bertanggungjawab kecuali bayi. What a useless!

Sebagai manusia, apa tanggungjawab kita?

Bukankah kita ada terlalu banyak kelebihan? Ada yang pandai berucap, ada yang pandai akademik, ada yang pandai menulis, ada yang pandai muzik, ada yang pandai bersukan, ada yang ‘hensem’, ada yang cantik, ada yang mempunyai wawasan, dan macam-macam lagi kelebihan. Setiap orang pasti ada kelebihan yang tersendiri yang tidak ada pada satu orang lain pun di dunia ini!

Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap orang, tidak kira Muslim atau belum Muslim lagi punyai kelebihan masing-masing. Tidak bermakna jika kita seorang Muslim, kelebihan milik kita 100% berbanding belum Muslim lagi. Tidak sama sekali! Persoalannya, ke mana kita gunakan kelebihan kita?

Tidaklah aku utuskan kamu melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam

(Al-Quran)

Bagi seorang Muslim, kelebihan yang kita ada perlulah digunakan untuk rahmat kepada orang lain dan alam. Dalam menggunakan kelebihan kita, ada beberapa hak yang perlu diambilkira iaitu :

  1. Hak ALLAH
  2. Hak Kita
  3. Hak Manusia Lain
  4. Hak Alam


Itulah faktor-faktor penentu sama ada kelebihan kita itu rahmat atau tidak. Dan hak-hak itulah sebenarnya asas kepada Syariah Islam. Sungguh! Tujuan syariah Islam adalah untuk memudahkan lagi manusia mengurus kelebihan yang Allah beri kepada kita.

Apabila nilai-nilai yang ada dalam diri kita ini digunakan sebagai rahmat, ketika itulah kita ini seorang yang bertanggungjawab.

The difference between a true Muslim and a true Non-Muslim is a true Muslim be a rahmat to the world

magee_islam_option2

Itulah erti kita memilih Islam sebagai cara hidup kita. Erti itu akan jelas terpancar apabila kita ini benar-benar membawa sinaran kepada bumi yang kita pijak. Oleh itu,tanggungjawab kita sebagai Muslim tidak pernah berhenti untuk memberi rahmat sehinggalah kita berhenti ber”pijak” pada bumi – MATI.

Apakah pula “rahmat” itu? Pada pandangan saya, “rahmat” yang terbaik ialah apabila kalimah “La ila ha illaLlah” tertegak pada bumi yang kita pijak. Itulah rahmat yang paling saya idam-idamkan. Dan saya cuba memberi rahmat kepada alam dengan membawa kalimah itu. InsyaAllah.

Selarikanlah kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada kita dengan kalimah La Ilah Illa Allah, nescaya terbuktilah ketika itu kita sebagai Muslim yang membawa rahmat. Itulah erti kita menganut agama Islam. Itulah erti tanggungjawab yang sebenar.

Jadilah manusia yang bertanggungjawab atas kelebihan yang kita ada. Jadilah Muslim yang bertanggungjawab terhadap agama kita. Yang pasti jangan jadi manusia yang bertanggung+jawab.

“Tahniah diucapkan kepada Dr. Chua Soi Lek kerana mengambil keputusan yang bertanggungjawab. Biar apa pun, kita ambillah pengajaran daripada kisah beliau. Mungkin salah satu sebab Dr. Chua Soi Lek hidup di muka bumi adalah untuk mengajar kita dengan kisah beliau. Kita doakan supaya beliau suatu hari merasai nikmat Iman dan Islam. InsyaAllah”

Artikel disusun dan ditulis: Siti Hajar (telah tersiar pada 25 April 2008). Penulis merupakan bekas pelajar SBPI Gopeng (2006) dan kini merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga bersama-sama membantu gerak kerja APIS.