“ Bagaikan sepohon kayu yang terkulai dek tiupan angin,” kata Saidina Ali ra. “Demi Allah, aku telah melihat sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, tetapi hari ini, aku tidak lagi melihat individu-individu seperti mereka. Bangun pagi kelihatan muka mereka kuning, rambut kusut-masai dan berdebu, dahi mereka kematu bak kaki biri-biri, kerana banyak bersujud kepada Allah swt dan bangun untuk solat malam, membaca kitab Allah semasa solat. Di pagi hari mereka menyebut-nyebut nama Allah dalam keadaan terkulai, bagaikan sepohon kayu yang terkulai dek tiupan angin dan mata mereka berlinangan dengan air mata sehingga membasahi baju- baju mereka”.
Subhanallah…berkaca mataku, terkedu, terkesima…hatiku bagai disentap ketika membaca quote ini..di mana aku sekarang? Aku tergolong dalam golongan mana agaknya? Seperti sahabat Nabi kah? Sedang merangkak ke arah itu? Atau sedang bertatih? Atau langsung tidak ke arah itu? Ya Rabbi..bimbinglah aku dalam mencari redha dan rahmatMU..aku hamba yang lemah lagi hina..
Sambungan dari penulis =)
Ini simbol kecintaan mereka yang memuncak-memuncak kepada pencipta mereka.Slogan hidup mereka tertera dalam kata-kata,“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah untuk Allah penguasa alam”.
Sufyan al-Thauri bersyair,”Aku mengabdikan diri kepada Allah atas dasar cinta dan rindu kepada-Nya”.Rabi’atul Adawiyah pula bersenandung,betapa jasadnya bersama manusia sedangkan hatinya terbang menuju Allah swt.
Tarbiah itu untuk melahirkan orang yang menyerahkan sepenuhnya kecintaan kepada Allah swt.Tanda kemanisan itu menurut Nabi saw ada tiga merangkumi cinta Allah swt dan rasulnya –Nya melebihi segala- galanya, cintakan seorang kerana Allah swt dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dicampakkan ke dalam neraka.
Tsauban ra menjadi contoh dalam bercinta.Beliau berasa rindu untuk sentiasa melihat wajah Nabi saw setiap hari.Abu Bakar ra adalah lambang kecintaan abadi.Apabila beliau dipukul sehingga tidak dapat dikenal antara hidung dan wajahnya,beliau pengsan,namun setelah tersedar daripada pengsan,beliau terus bertanyakan khabar Nabi saw.Walhal beliau sendiri menderita kesakitan.
Sahabat nabi bagaikan pohon yang terkulai layu,tenggelam dalam keasyikan bercinta.Mereka lemas dalam lautan zikrullah.Mereka memasuki daerah Allah swt seakan-akan seluruh sendi mereka turut bertasbih memuji Allah swt.
Junaid Al-Baghdadi memberikan petanda kesempurnaan cinta.Katanya,sentiasa berzikir dengan penuh perasaan ,merindui-Nya dan ingin bermanja- manja dengan Nya,lalu bertitik-tolak daripada itulah mereka akan redha terhadap apa yang menimpa mereka dan mereka akan berasakan keseronokan dalam berdua-duaan dengan Allah swt.
Beruzlahlah,buat seketika dengan niat untuk memperbetulkan tawajuh cinta kepada Allah swt,sekaligus mempersiapkan diri untuk medan dakwah.Di waktu malam,bangunlah untuk merayu dan merintih kepada-Nya.Di waktu siang,jadilah sebagaimana para sahabat seperti yang terukir dalam satu simpulan,“Bagaikan rahib di malam hari dan penunggang kuda di kesiangannya”.
Tiada ulasan sehingga kini
2 pingbacks
malaya:
Disember 27, 2010 pada 12:41 pm (GMT +0800)
Di pagi hari mereka menyebut-nyebut nama Allah dalam keadaan terkulai, bagaikan sepohon kayu yang terkulai dek tiupan angin dan mata mereka berlinangan dengan air mata sehingga membasahi baju- baju mereka”
ALLAHUAKBAR!!!
keep it up!
budaktarbiyah:
Disember 27, 2010 pada 12:50 pm (GMT +0800)
sama- samalah kita memuhasabah diri
insyaALLAH…
strive for islam!