Tiada siapa terus menjadi hebat. ~ picture by Dinardi of Deviant Art Artikel oleh : Hilal Asyraf (http://ms.langitilahi.com) “Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?” “Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu” Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, […]
Arkib untuk: Artikel
Ringkasan 30 Nasihat Buat Para Pendakwah
Para penda’wah membawa imej Islam yang dipamerkan kepada masyarakat. Kesilapan dan kecacatan akhlak mereka membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Kemuliaan ajaran Islam tercalar dengan pelbagai sangkaan yang tidak sepatutnya. Ayuh, tingkatkan usahamu wahai para penda’wah, moga-moga kalian tidak menjadi ejen fitnah untuk Islam. Moga-moga ilmu ini bakal menjadi sesuatu yang berguna dan berkat untuk […]
Bersikap Dengki
Dengki adalah antara penyakit hati yang berbahaya, menyebabkan ketenteraman jiwa sukar dicapai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh menghilangkan penyakit dengki. Dengki adalah antara sifat mazmumah. Dengki ialah sikap tidak senang dengan kenikmatan yang diperoleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu daripada orang lain tersebut, baik dengan maksud agar kenikmatan itu berpindah ke tangan sendiri atau […]
Solat Malam Bagi Mengelakkan Kesunyian Kubur
Pada setiap malam, pada 1/3 penghujungnya adalah antara waktu yang paling hampir bagi seseorang memohon pengampunan dan keselamatan daripada Allah s.w.t. Ada disebutkan dalam hadits bahawa Allah s.w.t. bersedia mendengar permohonan hamba-Nya pada setiap malam waktu 1/3 akhir. Menunaikan Solat Dua Raka’at Pada Waktu Malam Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur Oleh Al-Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya […]
Tarbiyyah Perlu Dirasai dan Dialami
Hayatilah ! Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot atau purba? begitulah detak hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampaknya ke tepi jalan. “Assalamualaikum Warahmatullah, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian […]
Warkah Muhasabah buat Pengirim & Penerima
Ditulis Oleh : Siti Munirah binti Abdul Rashid (wwwqamarmuneera.blogspot.com) Diedit Oleh : Hafizi Radzi Hebat Bukan Penulis? Kelahiran generasi Salahuddin al-Ayyubi merupakan kelangsungan tarbiyyah (pendidikan) awal daripada kitab Ihya’ Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Ghazali. Antara ulama yang lahir setelah Imam Ghazali ialah Abdul Qadir Jailani yang secara langsung telah mengasakan generasi baru, iaitu generasi […]
Doa Orang Dizalimi
Bersumberkan Abdullah bin Abbas r. ‘anhuma memberitakan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Ertinya: Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan Allah. Hadits Riwayat Al-Bukhari Pengajaran Hadits: Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama. Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan […]
Terlanjur
Assalamu’alaikum Ustaz, Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya. Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk ‘pregnancy test‘. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yang bermakna telah sahlah bahawa […]
Mengenali Pengertian Khusyuk dalam Solat
Seorang rakan bertanya kepada saya, bagaimanakah untuk mengekalkan khusyuk dalam solat? Meskipun tidak menjadi salah satu syarat sah dalam solat, hakikatnya khusyuk tetap menjadi suatu tuntutan yang amat penting demi menjaga kesempurnaan solat. Menurut pendapat saya, bagi menjawab persoalan bagaimana untuk khusyuk dalam solat, kita perlulah terlebih dahulu memahami apakah erti khusyuk, dan mengapakah perlu […]
Hukum Bersanding
Soalan: Assalamualaikum w.r.m. w.b.t. Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh? Sekian Terima Kasih. Jawapan: Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia […]




