Pastinya, nama Al-Khawarizmi sudah begitu sinonim dan gah setanding dengan barisan Ilmuan dan cendekiawan dunia. Muhammad Ibn Musa Al-khawarizmi atau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff, merupakan seorang intelektual Islam yang lahir pada tahun 770 Masehi, di sebuah kota bernama Khawarizmi.
Kuasa Usrah

Pada firasat saya, saya yakin dan percaya bahawa saudara-saudari sudah sebati dengan kalimah ‘usrah’ ini, baik yang menyertai usrah ataupun tidak. Tapi saya juga percaya bahawa pemahaman saudara-saudari terhadap hakikat ‘usrah’ yang sebenar adalah berbeza-beza, termasuklah saya sendiri.
10 Muwassofat Tarbiyyah
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu membaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Pilihlah untuk Menjadi Mulia
Lelaki itu sungguh hebat! Seawal umur 13 tahun sudah berkobar-kobar semangatnya untuk menyertai jihad fi sabilillah bersama para sahabat di medan Badar, sedang pedangnya sendiri lebih panjang dari ketinggiannya. Walau keinginannya ditolak oleh Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم, semangatnya tetap utuh – mesti berjihad demi menegakkan Islam!
Salam Maulidur Rasul 1432 Hijriah

Salam Maulidur Rasul diucapkan. Kita adalah sangat beruntung kerana dianugerahkan Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam selaku Rasul kita. Mari bersama-sama kita lebih mencintai Baginda, dan membuktikan cinta dengan amal yang diredhai Allah.
Petua Solat Istikharah
Petua Sebelum Melakukan Solat Sunat Istikharah Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan solat sunat istikharah(minta petunjuk): 1-Sebaik-baiknya pada malam Jumaat. 2-Puasa sunat pada hari khamis tersebut. 3-Bertawassul dengan membaca yasin 4-Yasin: semua ayat yang mengandungi kalimah “mubi” di ulang 7 kali. 5-Tidur (sila jaga adab tidur). 6-Tidur mengiringsebelah kanan 7-Kosongkan fikiran dan berselawat sehingga tertidur.Contoh, selawat […]




