Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
Kuat Tubuh Badan (Qawiyyal Jism)
- Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada kedua-duanya ada kebaikan.
- Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
Akhlak yang Mantap (Matinul Khuluq)
- Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi s.a.w..
- Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan da’ie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
Fikiran yang Berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
- Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
- Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama’ yang tsiqoh. Pesan Imam Al-Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi”
- Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
Mampu Berusaha (Qadiran ala Kasbi)
- Walaupun kaya, perlu bekerja.
- Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
- Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
- Menjauhi riba dalam semua lapangan.
- Menyimpan untuk waktu kesempitan.
- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
- Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
Akidah yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
- Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi.
- Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
Ibadah yang Betul (Sahihul Ibadah)
- Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
Mampu Melawan Nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
- Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
- Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
- Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
Menjaga Waktu (Haarithun ala Waqtihi)
- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
- Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
Tersusun dalam Urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
- Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
- Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan da’wah.
Berguna untuk Orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
- Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Da’ie adalahlain dari kesesatan.
- Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Artikel disusun dan ditulis: Siti Hajar
(Pernah tersiar pada 9 Mei 2008)
Tinggalkan Balasan