Jom Sertai Program Talaqqi Intensif Januari 2012

Kepada ahli APIS dan umat Islam secara umumnya, ada dijemput untuk menyertai program pengajian kitab ini. Alhamdulillah, APIS turut sama terlibat sebagai penganjur. Tempat hanya terhad kepada 300 peserta pertama yang berdaftar secara online beserta bayaran deposit. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh dicapai pada laman http://intensif2012.wordpress.com/ .

Berselawatlah ke atas Kekasih Nya

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56] Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :- 1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang […]

Indahnya rahsia Islam

Indahnya Islam

Terfikir larangan umat Islam memakan daging khinzir, teringat kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, “Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah […]

Ketinggian Ikhlas Imam Syafi’ie : Tidak mengharapkan pujian bagi ilmunya

Berkata Imam Syafi’ie rohimahullah ta’ala:

“Aku amat menyukai kiranya seluruh makhluk mempelajari ilmu ini (maksudnya ilmu dan kitab-kitab beliau) kemudian mereka tidak menyandarkannya kepadaku sedikitpun.”

Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan

Jika 10 hari terakhir Ramadan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga bersama melaksanakan ibadah sunat, bagaimanakah pula kita? Sesungguhnya pedoman yang ditunjukkan Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadan. Alangkah malangnya jika kita semakin lalai dalam melaksanakan ibadah pada […]

Mencari Malam Lailatul Qadar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1 Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2 Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3 Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. […]

Hamba Tuhan..bukan hamba Ramadhan

Belum terlambat rasanya bagi penulis mengucapkan “Ramadhan Kareem” kepada semua tetamu-tetamu maya yang sudi menjengah ke ruang teratak pena hamba ini. Bagaimana agaknya kualiti ibadah puasa kita pada minggu awal puasa? Hm..sendiri tahu jawapannya. Ikhwah akhawat sekalian, Mungkin ramai yang sudah bosan, lali, tepu dengan tazkirah-tazkirah Ramadhan. Mana tidaknya, ayat yang sama sahaja diulang-ulang, siap […]

Andainya Ramadhan Ini Adalah Terakhir Untukku

APIS mengucapkan Ramadhan Karim kepada semua umat Islam dan pembaca laman ini. Mudah-mudahan kita beroleh curahan rahmat dan keampunan Allah sepanjang bulan yang mulia ini.

Sifat MALU

Hadith: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: ” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Nasar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu Rasulullah SAW bersabda: BIARLAH DIA MALU KERANA MALU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN” riwayat Al-Bukhari. Dari sudur syarak maluadalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif […]

Rahsia di Sebalik Waktu Solat & Perubahan Alam

Oleh: Ustaz Zahazan Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru