Hadith: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: ” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Nasar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu Rasulullah SAW bersabda: BIARLAH DIA MALU KERANA MALU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN” riwayat Al-Bukhari.

Dari sudur syarak maluadalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas. Sikap ini disebabkan kutangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat. dan juga meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata:” Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripasda perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.

“SIFAT MALU MENDATANGKAN KEBAIKAN”

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan” Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Sifat malu adalah sifat mulia dan terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat mali kita tidak akan melakukan segala keburukan. Sifat malu juga akan meninggikan darjat orang yang memilikinya.

Wallahu A’lam.

Dipetik daripada “METAMORPHASIS: A Step To Piety”, Biro Tarbiyah dan Kerohanian IQRAC