Ralat 404 - Muka Tidak Dijumpai

Maaf, saya telah mencari di merata-rata tempat tetapi saya tidak menjumpai muka yang anda sedang cari.

Jika anda mengikuti pautan dari laman sesawang yang lain, saya mungkin telah memindahkan atau mengubah nama muka tersebut pada suatu masa dahulu. Anda mungkin mahu cuba mencari muka:

Saya juga telah melakukan carian kepada terma artikel untuk anda. Lihat jika anda jumpa apa yang sedang anda cari dalam senarai di bawah.

Hasil carian untuk: artikel

Nasihat Imam Ghazali r.t.:Bangunlah Beribadah pada Waktu Malam

Solat malam memang menjadi satu ujian tapisan dan penanda aras bagi kita mengetahui sejauh manakah kesungguhan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. . Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberikan kekuatan dan kesoronokan pada kita untuk beribadah pada waktu malam dengan ikhlas dan istiqamah. Sejarah Islam mencatatkan, pemilihan tentera untuk dihantar ke medan perang turut menilai sama ada tentera […]

Polemik Tajdid dan Pembaharuan

Artikel ini dipetik daripada Laman Pena Yusri. Polemik Tajdid dan Pembaharuan Oleh Panel Penyelidik, Yayasan Sofa. (Versi penuh daripada versi yang tersiar di ruangan Relung Cahaya, Sisipan Mega, Selasa 13 April 2010) Di antara isu yang sering menjadi punca tergelincir langkah dalam memahami dan menghayati Islam adalah isu Tajdid atau Pembaharuan dalam agama. Jika tidak […]

Fitrah yang Melahirkan Fitnah

DULU teramat susah melihat kes-kes kritikal berlaku di dalam masyarakat. Kenapa tidak… teramat susah melihat anak muda mudi keluar malam, budaya hedonisme belum membumi di akal, tiada rancangan-rancangan televisyen dan realiti merosakkan, masih terpelihara adat dan adab-adab kemelayuan… kalau ada, hal ini pasti ditentang habis-habisan hingga ke akar umbi. Masih segar di ingatan para warga […]

Tips senang faham dalam kelas

Pertama sekali ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel saya betajuk ‘Tips Cemerlang dalam Akademik’ tidak lama dahulu. Tidak dilupakan kepada Puan Niryati yang memberi penghargaan kepada usaha saya dengan berkongsi artikel tersebut dengan pelajar beliau di Kolej Mara Seremban (KMS). Sebenarnya, terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang ingin saya […]

Apa ertinya saya belajar? Bahagian I

Gambar sekadar hiasan. Alhamdulillah kerana saya diberi kesempatan masa untuk menulis artikel ketiga mengenai tips- tips belajar. Terima kasih atas sokongan pembaca terhadap dua artikel terdahulu dan sokongan anda memberi perangsang kepada saya untuk menghasilkan lebih banyak artikel. Sekalung penghargaan ditujukan kepada Abang Hakim yang sudi menyiarkan artikel saya di laman web Pembina Selangor.

Keturunan Iblis

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:- 1. Tsabar > Menimbulkan keluh-kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan. 2. Dasim > Menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai. 3. Al-A’war > Menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, […]

Sifat-sifat Pendakwah

Sifat-sifat Pendakwah www.iluvislam.com editor : almusafirq8 Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama’. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama’. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama’ amatlah […]

Motivasi: Menurunnya keimanan itu, bukan alasan untuk bersedihan.

Artikel ini ditulis oleh Saudara Hilal Asyraf, www.langitilahi.com Hidup ini penuh pancaroba, dan pancaroba itu ada hikmahnya ~ picture by dsya Iman sifatnya Yazid wa yanqus. Yazid berasal dari perkataan zada bermaksud tambah. Yanqus berasal dari perkataan Naqasa bermaksud berkurang. Iman itu sifatnya bertambah dan berkurang, naik dan turun. Itulah dia resminya kita. Hamba Allah […]

Tolong sampaikan sedekahku ini kepada para… Pelacur

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir

Qailulah Yang Tersirat

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Artikel lama

Artikel yang lebih baru