DULU teramat susah melihat kes-kes kritikal berlaku di dalam masyarakat. Kenapa tidak… teramat susah melihat anak muda mudi keluar malam, budaya hedonisme belum membumi di akal, tiada rancangan-rancangan televisyen dan realiti merosakkan, masih terpelihara adat dan adab-adab kemelayuan… kalau ada, hal ini pasti ditentang habis-habisan hingga ke akar umbi. Masih segar di ingatan para warga emas keindahan hidup masa lampau, terkadang golongan ‘lama’ ini seakan-akan terkena kejutan pula melihat aneka budaya, sosial yang kian meruncing.

Kalau diperhatikan di media, banyak kisah tentang masalah sosial, jenayah dan perkara-perkara negatif yang dilaporkan saban hari… paling menyedihkan kes buang bayi sejak akhir-akhir ini makin menunjuk belang. Geram.. sedih pun ada. Dulu ramai bercita-cita untuk memiliki kondominium tapi ‘macam langit dan bumi’, akhirnya cita-cita mereka hanya setakat memiliki kondom sahaja.

Berita-berita di dada akhbar makin menonjolkan kisah-kisah sensasi, dedah sini, dedah sana, semuanya menguji pemikiran kita golongan yang mampu berfikir, membimbangkan bisa meracuni pemikiran bersih anak-anak kecil yang sedang bertatih untuk membaca. Tajuk muka depan sahaja sudah cukup membuatkan anak bertanya banyak soalan yang menakutkan ibu bapa. Risau bila menaiki teksi, kita dapat mengesan apa isu-isu yang dibincangkan antara pemandu teksi dan penumpang setiap hari.

Zina sana.. zina sini.

Saya telah menerima banyak luahan ‘sesal’ daripada para wanita yang telah terjebak ke kancah hubungan haram. Telah di’tebuk’ teman lelaki.. mudah sahaja perilaku tewas oleh pujukan rayu suara menggetis. Bagaimana wanita lemah ini memandang kebaikan yang ditabur lelaki.. belanja makan, shopping, makan angin hingga tergadai maruah. Terlalu mudah membayar ganti apa yang telah diberi. Kalian telah silap, silapnya pula hanya mengundang saat sesalan paling mencabar.. trauma, fobia pula melingkari bak tali terkusut, hilang punca.

IMAN

Hidup ini memang sentiasa diwarnai oleh kegembiraan dan kedukaan… setiap pengalaman yang kita lalui sentiasa mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan berfikiran terbuka. Jika hidup ini diniatkan semata-mata kerana Allah Taala pasti setiap kedukaan itu bisa ditangani dengan hati yang redha dan ikhlas. Kadangkala ujian yang Allah Taala timpakan itu mempunyai rahsia dan hikmah tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui…. mungkin selepas itu kita merasakan kehidupan ini begitu indah kerana ia sentiasa diwarnai dan perkara yang mencantikkan lakaran kehidupan itu ialah iman, keikhlasan dan hidup kerana Allah Taala.

Hubungan bebas.

Masalah utama sebenarnya ialah kurang penelitian kepada perincian semasa pendidikanan diberikan kepada para remaja, disebabkan yang mengajar juga tidak terdedah kepada pembelajaran secara terperinci, malah memandang sambil lewa tanpa mengambil iktibar mengikut acuan Islam.

Pendidikan bermula di rumah.. oleh ibu bapa.

Tambahan lagi apabila pelajaran mengenal Tuhan hanya berlaku diperingkat kenal nama sifat dan perbuatan, tanpa ada usaha untuk memperincikan carakerja Tuhan. Tiada yang baik, malahan yang buruk belaku di luar ‘kekuasaan’ dan ‘pengetahuan’ Tuhan. Tuhan tidak akan pandang kita seperti mana kita tidak berusaha untuk memandang carakerja Allah Taala. Carakerja ini ialah praktikal yang terselit dicelah-celah kalam Ilahi. Sirah di dalam al-Quran suatu yang benar-benar berlaku dan terbukti akan keberkesanannya.

Cuba praktikkan.

Bagi yang imannya tidak lemah, banyak tauladan dan sempadan yang boleh diperolehi daripada al-Quran, walau tahap mana perincian diberikan atau tidak, semuanya menjadi ilmu pengetahuan yang berguna. Ilmu yang disangka tidak bermanfaat itu tidak berguna, sedangkan ada keperluannya pada masyarakat. Ilmu adalah sesuatu yang boleh ditumpangi, pengetahuan yang bermanfaat, namun bila ia merupakan pengetahuan tidak manfaat bukanlah sesuatu yang sia-sia tapi mungkin keberkesanan atau aplikasinya sukar dilakukan pada masa itu.

PERANAN

Maka hendaknya, bila ibu bapa mengambil berat anak buah di bawah jagaan masing-masing, maka akan lahir perasaan belas antara tetangga. Bila melihat anak jiran tersasar dari syari-‘at, terasa satu bebanan yang terpikul, lantas dinasihati seperti anak sendiri.

Semua kena main peranan.. ada rasa tanggungjawab.

Teringat satu ketika dahulu masyarakat begitu prihatin untuk ‘menjaga tepi kain orang’. Kalau ada anak muda di kampung berperangai tak senonoh, melalot terlolong di tepi jalan, akan ada orang kampung yang tampil menegur… sekarang, ditegur akan dibalas dengan kata-kata kesat, maki hamun.. ditambah lagi denngan ibu bapa yang ditegur membela perbuatan anaknya.

Mungkin ini sebabnya warga emas sekarang bagaikan terkejut mengulangkaji perangai muda-mudi masa kini di luar kotak diari mereka 30-40 tahun dahulu. Mereka bimbang FITRAH (cinta) yang disemai oleh golongan ini bertukar menjadi FITNAH.

Artikel ini ditulis oleh Tuan Mohd Rezza, dipetik daripada laman http://puteraazhari.blogspot.com/