Pertama sekali ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel saya betajuk ‘Tips Cemerlang dalam Akademik’ tidak lama dahulu. Tidak dilupakan kepada Puan Niryati yang memberi penghargaan kepada usaha saya dengan berkongsi artikel tersebut dengan pelajar beliau di Kolej Mara Seremban (KMS). Sebenarnya, terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang ingin saya kongsi namun saya tidak dapat mengingati kesemuanya dalam satu masa. Oleh sebab itu,saya cuba untuk menghasilkan artikel baru sekiranya saya mempunyai sesuatu yang boleh dikongsi bersama.
Tujuan artikel kali ini adalah untuk berkongsi sedikit tips yang boleh diamalkan untuk meningkatkan keupayaan untuk memahami dan mengingati sesuatu subjek dengan lebih baik.
Persediaan sebelum ke kelas:
Seelok- eloknya anda memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan pra- pembacaan sebelum menghadiri sesuatu kelas. Bahan bacaan pula memadai dengan isi ringkas mengenai topik yang akan dipelajari. Jangan risau sekiranya anda tidak dapat memahami apa yang dibaca (kalau dapat faham lebih bagus, tapi kalau dapat faham tak ada guna datang kelas kan?). Tujuan pra pembacaan ini adalah untuk mendedahkan istilah dan konsep penting yang akan dipelajari nanti.
Persediaan semasa dalam kelas:
Proses pembelajaran akan lebih senang sekiranya pra pembacaan telah dibuat. Kemungkinan besar dalam kelas nanti anda akan mengalami situasi seperti ini ketika guru sedang mengajar;”Ooo, tu konsep yang saya baca semalam, semuanya lebih munasabah sekarang.” Sekiranya anda mengalami situasi seperti ini, matlamat pra pembacaan anda telah berjaya. Sekiranya tidak berlaku, jangan risau. Luangkan lebih masa untuk pra pembacaan.
Perkara kedua terpenting ialah memberi fokus semasa guru sedang mengajar. Kebanyakan guru akan mengulang- ulang konsep penting yang akan masuk dalam peperiksaan. Oleh sebab itu, pelajar harus peka dengan apa yang dikata oleh guru. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pelajar lebih suka untuk berborak- borak dalam kelas (macam la tak de masa lain nak borak). Seperti kata ayah saya, kita ada masa untuk bermain dan masa untuk serius. Serius bukan bererti membuat muka stress dalam kelas sehingga orang menganggap kita sombong, cukup sekadar diam dan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar. Selain itu juga, ini dapat menjaga perasaan guru yang mengajar (sesetengah guru naik angin bila pelajar berborak). Menjaga perasaan guru ini amat penting supaya keberkatan belajar itu wujud.
Sekiranya tidak memahami konsep yang diajar, bagus untuk bertanya kepada guru ketika dalam kelas (bergantung kepada stail guru, ada yang tidak suka diganggu semasa mengajar). Walaupun anda memahami sesuatu konsep namun berasakan penting untuk kawan- kawan anda untuk mengetahuinya, anda boleh berpura- pura tidak memahaminya dan bertanya kepada guru dalam kelas. Hal yang sama berlaku apabila malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dalam satu pertemuan bersama sahabat dan bertanyakan mengenai konsep iman dan ihsan kepada Baginda.
Seperkara lagi, tidak usah bertanyakan soalan yang tiada kaitan dengan topik pembelajaran pada ketika itu kepada guru. Pernah terjadi dalam kelas ‘Thermodynamic’ saya pada tahun lepas, terdapat seorang pelajar yang suka bertanya soalan mengenai topik yang lebih ke hadapan berbanding topik yang sepatutnya dipelajari dalam kelas itu. Pelajar lain dalam kelas saya beranggapan pelajar tersebut genius kerana belajar dengan lebih kehadapan namun dia gagal dalam peperiksaan akhir sem untuk subjek tersebut. Pengajarannya ialah sentiasa bertanya soalan yang relevan denga topik pembelajaran ketika itu.
Persediaan selepas kelas:
Seperti biasa, buat peta minda sekiranya boleh dilakukan. Sentiasa gunakan peta minda yang telah dibuat setiap kali mengulangkaji. Anda lebih senang mengingat sekiranya menggunakan buku yang sama berulang kali. Selepas itu, boleh la membuat latihan tutorial yang diberi. Seperti kata pensyarah matematik saya di University of Queensland, anda harus membuat latihan walaupun telah memahami konsep yang diajar. Sering kali pelajar mengabaikan tutorial kerana beranggapan membuang masa disebabkan mereka telah memahami konsep yang diajar. Namun, mengikut pengalaman saya sendiri, walaupun anda menghafal kesemua fakta dalam buku teks, belum tentu anda dapat menjawab soalan dalam peperiksaan. Samada anda akan menjadi keliru kerana tidak tahu fakta mana yang harus diletak ataupun anda akan membuang masa menulis karangan kepada soalan yang boleh dijawab dengan dua baris ayat sahaja.
Tempoh ulangkaji juga penting untuk memastikan usaha anda efisien. Satu tips supaya sesuatu konsep senang dihafal ialah apabila telah menghafal sesuatu konsep, cuba tulis/cakap balik konsep tersebut selepas sejam. Kemudian, tulis/ cakap kembali sehari selepas itu. Kemudian, dua hari selepas itu, seminggu, sebulan, 6 bulan dan setahun selepas itu. Sekiranya anda dapat melakukan kesemua ini, insyaAllah anda dapat mengingat konsep tersebut seperti anda mengingati nama dan no IC anda.
*Artikel ditulis oleh Mohammad Amirul bin Rahim, MCKK 2006 dan kini pelajar kejuteraan kimia tahun kedua di Uni. Queensland, Australia.
Tiada ulasan sehingga kini
2 pingbacks
Hisyam:
Disember 27, 2010 pada 12:07 am (GMT +0800)
Nice Tips !!!
Thank u 🙂
jim:
Ogos 26, 2012 pada 11:55 pm (GMT +0800)
great! i like yr tips n yr article
so nice..;)
thanks 4 yr explne
😛