Selamat Berpuasa

PROMOSI !!! Promosi APIS COOkies | Dapatkan maklumat lanjut dengan membuka ruangan Terbaru : APIS Cookies Masalah hari ini Dr Yusoff Al-Qaradhawi kurang bersetuju dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau berpendapat bahawa perbincangan panjang lebar oleh ulama silam adalah adalah tindakan yang kurang sesuai, malah menjadi ikutan oleh ulama masa kini […]

Nuzul Quran Merubah Sikap Manusia

Penulisan asal oleh : Ustaz Zain Hashim Muslim dan al-Quran Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada […]

Ganjaran Ikhlas Berpuasa

BALASAN bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan keredaan Allah sangat besar. Selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, Allah turut berjanji balasan syurga untuk mereka. Daripada Sahl bin Sa’ad, bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk daripada […]

Puasa Sempurna Jika Mulut Dijaga

Ibadat puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar. Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.” Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah […]

Beberapa Panduan Imam Al-Ghazali supaya Kita tidak Bersifat Sombong

Pertama Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. Kedua Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. Ketiga Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah […]

7 Tips for Improving Your Relationship with the Quran

Are you one of those people who rarely touches the Quran? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Quran during the Ramadhan. 1. Before you touch it, […]

Adab Berdoa, Syarat Doa Diterima dan Sebab Doa Ditolak.

Dari Abu Hurairah r.a telah berkata Rasulullah s.a.w. ; Sesungguhnya Allah itu adalah Toyyib, dan tidak menyukai melainkan sesuatu yang Toyyib (baik), dan sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada orang-orang yang beriman sebagaimana Allah telah perintahkan kepada para-para Rasul: berfirman Allah: ‘Wahai para Rasul, makanlah daripada sumber yang baik dan buatlah amalan yang baik’. Dan firmanNya […]

Perutusan Ramadhan

Assalaamu ‘alaikum w.b.t. Segala puji milik ALLAH s.w.t. Tuhan Pemilik segala benda di langit dan di bumi. Selawat dan salam diucapkan buat junjungan tercinta Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda. Baginda insan agung yang terlalu berjasa buat kita, dengan jasanya dinikmati iman dan Islam. Ayuh kita mengukuhkan rasa kesyukur yang sememangnya menjadi kewajipan kita […]

Merdeka : Peranan Kita

” Melahirkan Muslim Profesional Berasaskan Kefahaman Islam yang Syumul” Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah, negara Malaysia akan menyambut kemerdekaannya yang ke-5. Tinta admin pada kali ini ingin mengupas akan isu berkaitan peranan kita dalam mengekalkan status kemerdekaan ini. Di sini, kami dari pihak APIS ingin mengajak para pembaca untuk mensyukuri akan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi agar nikmat […]

Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan ini.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”,jika saya […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru