1ccee627d20c

Dari Abu Hurairah r.a telah berkata Rasulullah s.a.w. ;

Sesungguhnya Allah itu adalah Toyyib, dan tidak menyukai melainkan sesuatu yang Toyyib (baik), dan sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada orang-orang yang beriman sebagaimana Allah telah perintahkan kepada para-para Rasul: berfirman Allah: ‘Wahai para Rasul, makanlah daripada sumber yang baik dan buatlah amalan yang baik’. Dan firmanNya lagi: ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari sumber yang baik yang telah Allah rezekikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah andainya kamu benar-benar mahu menyembahNya’. Selanjutnya Baginda berkata  lagi, seorang lelaki yang kembali dari permusafiran yang jauh dan dalam keletihan mengangkat tengannya kelangit sambil berkata Ya Robb Ya Robb, (wahai Tuhan wahai Tuhan) sedangkan pakaiannya dari sumber yang haram, makanannya dari sumber yang haram dan dia memakan makanan yang haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?.
Hadis riwayat Muslim.

Doa Yang Mustajab Ada Empat:

  1. Doa orang musafir: dari abu Hurairah dari Rasulullah saw berkata: “ tiga jenis doa yang akan diterima; doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa bapa untuk anaknya.
  2. Orang berdoa bersungguh-sungguh: maksudnya terpancar kesungguhan pada orang yang berdoa.
  3. Orang yang mengangkat dan menadah tangan: dalam hadis yang diriwayatkan oleh Salman dari baginda Rasulullah saw. Bersabda: “sesungguhnya Allah Ta’ala itu hidup lagi pemurah, amat malu menghampakan seorang hamba yang apabila hamba itu menadah tangannya lalu memohon padaNya”.
  4. Berulangkali menyebut namaNya: apabila seseorang itu berulang-ulang menyebut nama Allah, ia menunjukkan kesungguhannya memohon. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah (marfu’an) bermaksud: “ Apabila seorang hamba itu itu berkata: wahai Tuhan berkali, Allah akan menyahut seruannya dengan berkata: Aku dengar wahai hambaku, mintalah apa yang engkau inginkan nescaya aku akan menunaikannya”.

Doa Tidak Makbul:

  1. Menggunakan sumber yang haram dalam makan minum, pakaian dll. Satu hari Nabi berkata kepada Sa’ad: “Carilah sumber rezeki yang halal, nescaya Allah akan menerima permintaan kamu”. Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar, ditanyakan kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu diterima oleh Allah dikalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak menyuap kedalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”. Daripada Sahl bin Abdullah, “Barangsiapa yang memakan dari sumber yang halal selama 40 hari nescaya doanya akan dimakbukkan oleh Allah Ta’ala”.
  2. Melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.
  3. Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah. Di dalam hadis ada diberitahu bahawa sesiapa yang meninggalkannsesutau suruhan dan melakukan sesauatu yang ditegah oleh Allah adalah penyebab kepada tertolaknya doa.

Ulama dahulu pernah berkata: “Bagaimana  doa itu akan diperkenankan sedangkan jalan-jalan untuk Allah makbulkan permintaan tersekat dengan dosa dan maksiat”. Di dalam sebuah syair arab ada berkata:

Kita memohon kepada Allah setiap kali kita menghadapi masalah
Tetapi kita lupa padaNya apabila masalah kita selesai
Bagaimana kita mengharapkan doa kita diperkenankan
Sedangkan jalan untuk itu telah dipenuhi dengan dosa…
Petikan Dari Kitab Jami’ul Ulum Wal Hikam, ms 104

Artikel susunan dan tulisan: Abi Qalam