Arkib untuk: Hikmah

Gelas Maksiat

Seteguk kuhidup saban malam Sampai habis segelas Maksiat diharung tanpa rasa dosa Kerana aku tak nampak syurga neraka. Segelas Diganda jadi bergelas- gelas Bergelandangan aku bagai Binatang buas Asal nafsu aku puas.

Muhasabah Diri Dari Hadith Rasulullah

Hadith ini adalah hadith yang berkaitan tentang amalan manusia.Dalam hadith ini juga baginda saw,juga telah memberikan panduan yang berguna kepada ummatnya supaya sejahtera di dunia dan di akhirat.Hadith ini saya ambil dari kitab BIDAYATUL HIDAYAH yang telah dikarang oleh Syeikhuna,Imam Al-Ghazali Rahimahullahi alaih dengan harapan kita bersama-sama dapat bermuhasabah diri melalui hadith ini.Insyaallah. Imam Abdullah […]

JADILAH SEPERTI SEPOHON KAYU YANG TERKULAI

“ Bagaikan sepohon kayu yang terkulai dek tiupan angin,” kata Saidina Ali ra. “Demi Allah, aku telah melihat sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, tetapi hari ini, aku tidak lagi melihat individu-individu seperti mereka. Bangun pagi kelihatan muka mereka kuning, rambut kusut-masai dan berdebu, dahi mereka kematu bak kaki biri-biri, kerana banyak bersujud kepada Allah swt dan […]

Wasiat Ibn Arabi Agar Tidak Memusuhi Ahli Tawhid

Berhati-hatilah engkau agar jangan memusuhi ahli lâ ilâhâ illâ Allâh, kerana ia memiliki pertolongan yang umum dari Allah. Mereka adalah para wali Allah (1). Jika mereka melakukan kesalahan dan mendatangkan ke bumi ini kesalahan yang tidak menyebabkan mereka menyekutukan Allah sedikit pun, maka Allah menemui mereka dengan membawa ampunan(2). Barangsiapa yang telah ditetapkan pertolongan atas […]

Kurangkan Asap, Sayangi Alam

“Cuba kau berhenti hisap rokok ni” “Bukan senang. Kau tak ada kat tempat aku” “Tapi kau pun tak ada kat tempat aku. Aku deserve dapatkan udara bersih sebagai makhluk bumi dan penghidap asthma” INFOLINE BERHENTI MEROKOK : 03-88834400 Sejak akhir-akhir ini, kita dapat saksikan banyak bencana alam yang melanda negara-negara sekitar Asia Tenggara seperti Filipina, […]

Ilmu Yang Bermanfaat

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan. Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu […]

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat […]

Sifat Sahabat Sejati yang Dicari

‘Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu. 3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, […]

Rintihan Taubat

Sungguh, keampunan dan rahmat Allah subhanahu wa ta’ala itu terlalu besar dan luas ibarat lautan tanpa tepian. Selagi mana kita tidak mensyirikkan-Nya, selagi mana kita mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan kita, tiada Tuhan selain-Nya, insya Allah pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita. “Setiap anak Adam itu berdosa, dan yang terbaik daripada setiap mereka […]

Jangan Sakiti Nabi!

Oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki (Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan) Sesiapapun akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut dihadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada diantara seseorang itu dengan ibu […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru