“Cuba kau berhenti hisap rokok ni”
“Bukan senang. Kau tak ada kat tempat aku”
“Tapi kau pun tak ada kat tempat aku. Aku deserve dapatkan udara bersih sebagai makhluk bumi dan penghidap asthma”
INFOLINE BERHENTI MEROKOK : 03-88834400
Sejak akhir-akhir ini, kita dapat saksikan banyak bencana alam yang melanda negara-negara sekitar Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia dan termasuk juga negara kita Malaysia. Puting beliung di Perlis, banjir di selatan Thailand dan utara Malaysia, Tsunami dan letusan Gunung Merapi di Indonesia dan senarainya semakin berterusan. Petanda-petanda kerosakan alam sekitar yang semakin parah menunjukkan seakan-akan bumi yang merupakan satu-satunya kediaman manusia ini mengamuk terhadap penghuni-penghuninya yang tidak tahu menghargai langsung peluang bernafas di permukaannya.
Pembangunan drastik dan pencemaran alam sekitar merupakan penyebab utama berlaku kerosakan alam sekitar. Namun saya ingin fokus kepada pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang menjadi elemen penting dalam kehidupan manusia.
Kemajuan teknologi banyak menyumbang kepada pencemaran udara seluruh dunia. Antaranya asap-asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang dan kenderaan darat, laut mahupun udara. Namun begitu, atas kesedaran sivik, banyak kajian dilaksanakan dan tindakan telah diambil untuk mengurangkan pencemaran yang dilakukan. Saya tidak menafikan, teknologi juga amat penting dalam kehidupan manusia.
Oleh itu, matlamat utama saya menulis kali ini adalah untuk menyeru semua pembaca agar sama-sama berusaha mengurangkan pencemaran dengan mengurangkan asap-asap yang dikeluarkan daripada mulut manusia sendiri -merokok-. Cara ini tidak merugikan kita malah pelepasan udara yang tidak bersih ke udara juga dapat dikurangkan.
Semasa bekerja beberapa bulan yang lepas di bandaraya Kuala Lumpur, lebih kurang 93% daripada pekerja lelaki di syarikat saya bekerja menghisap rokok. Belum lagi dicampur dengan pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat lain yang terdapat di situ. Pekerja wanita juga tidak kurang hebatnya, lebih 35% daripada mereka merokok. Namun kebanyakan perokok-perokok wanita ini bukan dalam kalangan orang Islam. Bagi perokok lelaki pula, tidak kira bangsa, tidak kira agama, rokok seakan-akan menjadi makanan harian mereka. Paling ‘sengkek’ pun sehari sebatang rokok. Kalau betul-betul terdesak, ‘pow’ orang jawabnya.
Bayangkan, setiap hari nisbah yang sama dari seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya sebatang rokok seorang, berapa banyak pencemaran telah terhasil daripada pembakaran tembakau. Seandainya lebih sebatang? Para saintis menyatakan masyarakat disekitar perokok yang terhidu asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok yang dikenali sebagai asap rokok basi lebih terdedah kepada bahaya penyakit pernafasan daripada perokok itu sendiri. Saya memang kurang arif untuk menyatakan istilah-istilah saintifik dunia perubatan, tapi cukuplah saya katakan yang rokok banyak membahayakan kehidupan manusia. Setidak-tidaknya, kesan negatifnya juga terpalit pada alam sekitar.
Kalau nak disenaraikan, memang banyak faktor yang menyumbang kepada pertambahan bilangan perokok. Pengaruh rakan dan penjual yang tidak bertanggungjawab menjadi senarai paling atas daripada pemerhatian saya. Kerajaan telah menjelaskan rokok tidak dibenarkan dijual beberapa batang sahaja dan mesti dijual sekotak sekurang-kurangnya. Namun akibat ketamakan mereka, natijah buruk berterusan dan membimbangkan. Ada juga kalangan peniaga yang menjual rokok yang belum dibayar cukai, dalam kata lain, rokok seludup!
Saya setuju bahawa bukan senang hendak berhenti merokok, tapi perkara itu tidak mustahil. Ramai yang berjaya mengatasi kemahuan mereka untuk merokok. Semasa saya berborak dengan perokok-perokok, mereka kata memang ada keinginan untuk berhenti – memandangkan banyak kesan negatif, terutamanya kos yang dibelanjakan – namun, apabila saya mencadangkan langkah-langkah yang boleh mereka cuba, dengan pantas ditolak mentah-mentah cadangan tersebut. Katanya, mereka tidak percaya dengan perkara sedemikian. Jika benar mahu berhenti, apa salahnya mencuba? Orang lain ada yang berjaya, kenapa kita tidak boleh pula? Cara yang pakar sarankan pun bukan hanya satu. Tidak salah rasanya mencuba setiap saranan mereka.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” – Surah al Baqarah, 195
“Tidak memudharatkan (orang lain) dan tidak saling memudharatkan (antara satu sama lain)” – Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah
Kalau kita tidak kisah tentang diri kita mahupun masyarakat sekeliling, tolonglah kisah pada alam sekitar. Bumilah satu-satunya tempat tinggal kita buat masa ini. Sayangi Bumi =).
http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php
http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=32
http://pkukmweb.ukm.my/~webkppk/home/info_kesihatan.asp?ID=15
Tiada ulasan sehingga kini
4 pingbacks
sasuke:
November 14, 2010 pada 1:50 pm (GMT +0800)
oi.. aku rasa adalah tak adil untuk menyalahkan perokok semata-mata. apa kaitan asap rokok dengan bencana alam?
this is so biased! tak fikir lagi kenderaan2 awam? krete moto bus diesel enjin stim arang batu rocket nuclear peluru berpandu..
bencana alam disebabkan oleh global warming (major) yang disebabkan oleh perkara2 minor seperti di atas.
to sasuke:
November 17, 2010 pada 3:20 pm (GMT +0800)
assalamualaikum.. ayat mana dalam artikel yang kata asap rokok menyebabkan bencana alam?
ana rasa ayat ni jelas,
“Namun saya ingin fokus kepada pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang menjadi elemen penting dalam kehidupan manusia.”
🙂
jo:
November 21, 2010 pada 10:37 am (GMT +0800)
ye dh ow…..asap cemar gop persekitarn….dalam asap roko ow mcm nyakit ad….tpi yg cemar alam skitar 2…mngking krang lh
drummer:
November 29, 2010 pada 11:44 am (GMT +0800)
600,000 mati akibat asap rokok
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
“PARIS 26 Nov. – Hampir 600,000 orang yang tidak merokok, dengan satu pertiga daripada mereka kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada mereka yang mengamalkan tabiat itu”
“penyakit ‘gaya hidup’ yang banyak berpunca daripada pilihan individu, mangsa yang dikenali sebagai perokok pasif itu menanggung akibat daripada tabiat merosakkan kesihatan yang diamalkan oleh orang lain, terutamanya ahli keluarga”