Arkib untuk: Aktiviti-Program

MANTAP MCKK Dapat Sambutan Baik

Sesi ceramah mengenai peranan Hamba dan Khalifah oleh Sdr. Abu Qassim. Pada 6 dan 7 Februari 2010 yang lalu bertempat di Malay College Kuala Kangsar, Perak Program Pemantapan BANI MCKK (MANTAP) telah berjaya dilaksanakan. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas keizinan yang telah diberikan. Program yang bermula pada Sabtu malam Ahad tersebut disertai oleh […]

Program Penghayatan Bulan Kelahiran Rasulullah s.a.w.

Semua warga APIS dan muslimin muslimat umumnya dijemput untuk meraikan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. *Al-Fanid: Gula-gula

Program Tafaqquh Fid Din

Program bertempat di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Ampang di bawah bimbingan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin. Insya Allah, makluman yang sangat berguna ini boleh sama-sama kita panjangkan kepada sahabat-sahabiah muslimin muslimat yang lain dalam usaha untuk memahami agama Islam tercinta melalui pembelajaran bersama para ‘ulama.

Pengajian Kitab Siyarus Salikin

Pengajian Kitab Siyarus Salikin bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki yang dianjurkan oleh Masjid Al-Falah (MAF) USJ 9 adalah dijadualkan seperti berikut: *Maklumat lanjut juga boleh dicapai pada laman Masjid Al-Falah USJ 9; http://alfalahusj9.blogspot.com/ Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Falah USJ9 Masa : JAM 9.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI 25 FEBRUARI 2010 (Khamis) […]

Laporan Program Induksi BADAR SMSJ 2010

KLUANG – Bertempat di SM Sains Johor (SMSJ), organisasi Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) dengan kerjasama bekas pelajar SMSJ telah berjaya mengadakan Program Induksi BADAR SMSJ 2010 pada 8 Safar 1431H bersamaan dengan 24 Januari 2010. Saudara Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki (bekas pelajar MCKK) serta tiga orang bekas pelajar SAS dan tiga orang lagi […]

Laporan Hari Keluarga APIS 2010

Shah Alam – Sebuah program yang dianjurkan oleh organisasi APIS telah berjaya dijalankan di Bukit Cerakah pada 30 Januari 2010. Seramai 21 bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia telah menyertai program yang diberi nama Hari Keluarga APIS 2010 itu. Mengikut perancangan, program bermula pada pukul 10 pagi. Namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak […]

Hari Keluarga APIS 2010

Assala mu’alaikum kepada semua, Anda semua dijemput untuk menyertai Program Hari Keluarga APIS 2010. Program ini adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta terawal, jadi anda perlu mendaftarkan diri dengan segera. Maklumat mengenai Program Hari Keluarga APIS  2010 adalah seperti berikut: Tarikh: 30 Januari 2010 Tempat: Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam. […]

APIS Bakal Bertandang ke SMS Johor

Kuala Lumpur, 15 Januari- Pihak APIS bakal bertandang ke SMS Johor pada 23 dan 24 Januari ini bagi membantu menjayakan sebuah program pemantapan BADAR sekolah tersebut. Jemputan tersebut disampaikan sendiri oleh bekas pelajar SMS Johor yang juga merupakan AJK Penganjur bagi program tersebut. Sepanjang program tersebut, APIS bakal mengisi dua slot, iaitu pembentangan mengenai Hala […]

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna

Berikut ialah hebahan mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh salah sebuah NGO Islam (bukan APIS) di Malaysia iaitu ISMA. Moga beroleh manfaat yang besar dan berkekalan. Maklumat lanjut dapat diperoleh di sini: http://kobanna.ismaweb.net/

Seminar Takhrij Hadith (30&31 Disember 2009)

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Artikel lama

Artikel yang lebih baru