Kuala Lumpur, 15 Januari- Pihak APIS bakal bertandang ke SMS Johor pada 23 dan 24 Januari ini bagi membantu menjayakan sebuah program pemantapan BADAR sekolah tersebut. Jemputan tersebut disampaikan sendiri oleh bekas pelajar SMS Johor yang juga merupakan AJK Penganjur bagi program tersebut.
Sepanjang program tersebut, APIS bakal mengisi dua slot, iaitu pembentangan mengenai Hala Tuju BADAR yang bakal membincangkan strategi memantapkan organisasi badan da’wah dan satu lagi slot perbincangan dalam kumpulan yang membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang berguna antara warga APIS yang telah pun menamatkan zaman persekolahan dengan para pelajar SMS Johor.
Insha Allah, kita doakan agar keselamatan perjalanan pergi dan balik warga APIS serta dimudahkan perjalanan program tersebut serta beroleh manfaat yang besar dan berkekalan.
Pada masa yang akan datang, insya Allah kita mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana SBP bagi menjayakan program sedemikian rupa.
Tiada ulasan sehingga kini
4 pingbacks
aniswarszawa:
Januari 15, 2010 pada 6:46 pm (GMT +0800)
alhamdulillah…bgos2
Al-Fath:
Januari 15, 2010 pada 7:51 pm (GMT +0800)
ahlhamdulillah
Pulasari:
Januari 17, 2010 pada 5:13 pm (GMT +0800)
Salam
Tahniah kepada pihak APIS. Saya hanya mampu tersenyum bila baca.
Semoga APIS bakal maju dan lebih berjaya, insyaAllah ~
Al-Fath:
Januari 17, 2010 pada 7:59 pm (GMT +0800)
Salaam. Amiin. Shahreza, sama-sama kita gembleng tenaga, demi Islam tercinta. INsha ALlah Dia akan makbulkan niat murni kita. Terima kasih