Shah Alam – Sebuah program yang dianjurkan oleh organisasi APIS telah berjaya dijalankan di Bukit Cerakah pada 30 Januari 2010. Seramai 21 bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia telah menyertai program yang diberi nama Hari Keluarga APIS 2010 itu.
Mengikut perancangan, program bermula pada pukul 10 pagi. Namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, program tergelincir dari waktu yang dijadualkan. Program bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan slot yang pertama iaitu Ice-Breaking.
Usai slot pertama, slot Sukaneka pula dijalankan. Terdapat dua permainan dalam slot tersebut – Roller Rolley dan Cawan Ukhuwah. Dua kumpulan dibentuk oleh peserta lelaki manakala peserta perempuan membentuk empat kumpulan.
Selesai sahaja acara sukaneka, semua peserta menikmati makanan tengah hari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Slot seterusnya ialah melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. APIS amat bertuah pada hari itu kerana dapat menikmati iklim musim sejuk walaupun salji yang ada hanyalah salji tiruan.
Akhir sekali, slot penutupan dijalankan. Peserta diberi borang pendaftaran APIS dan borang maklum balas tentang program hari itu. Selepas menyampaikan hadiah sukaneka kepada semua kumpulan, program Hari Keluarga APIS 2010 diakhiri dengan ucapan penutup Ustaz Ikhwan Zaki.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dan semoga perjalanan program yang seterusnya dapat berjalan dengan lebih lancar. Ukhuwah islamiah yang dipupuk dalam program tersebut diharapkan dapat diteruskan oleh semua peserta dan ahli jawatankuasa.
Oleh,
Normen b. Halusran,
AJK Sukaneka Hari Keluarga.
Koleksi Gambar Sepanjang Program
Tiada ulasan sehingga kini
5 pingbacks
Al-Fath:
Februari 1, 2010 pada 1:49 am (GMT +0800)
ALhamdulillah, syukur program ini berjalan dengan baik. Memang rasa seronok, lebih-lebih lagi dapat jalinkan ukhuwwah fillah. Tahniah kepada semua yang terlibat! =)
aishanuriman:
Februari 1, 2010 pada 7:49 am (GMT +0800)
alhamdulillah,smg Allah mmberkati ukhwah y terjalin…indahnya ikatan ksih sayang ssma muslim andai bertemu dan berpisah keranaNya…
Al-Fath:
Februari 3, 2010 pada 6:40 pm (GMT +0800)
Ya benar, indah sungguh ukhuwwah fillah. Insha Allah kita pertingkatkan usaha ini lagi, boleh kan?
hanimyusra:
Februari 1, 2010 pada 3:10 pm (GMT +0800)
alhamdulillah..walaupun seketika..rasa bersyukur sangat dapat ikuti program ini..walaupun pada mulanya agak dilema kerana ada program lain pada waktu yang sama..syabas buat semua warga APIS…semoga segala usaha yang dilakukan diberkati Allah..nuhassilu biha birridho..
Al-Fath:
Februari 3, 2010 pada 6:40 pm (GMT +0800)
Alhamdulillah benar. Kehadiran semua amat bermakna. Teruskan memberikan sokongan kepada semua usaha kebaikan demi redha-Nya, boleh kan?