APIS Bakal Bertandang ke MCKK

Kuala Lumpur, -Khamis. Pada Sabtu dan Ahad (6&7 Februari 2010) insya ALLAH pihak APIS akan bertandang ke SBP tertua di negara ini, ya’ni MCKK bagi menjayakan Program Pemantapan BANI (MANTAP) MCKK buat julung kalinya. Program ini diadakan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan nilai-nilai kepimpinan Islam kepada  exco dan para pelapis exco Badan Nahdhah Islamiah MCKK […]

Mendapat Pimpinan Guru Mursyid

Untuk memiliki ilmu, sebaik-baiknya kita mendapatkan bimbingan seorang guru dan bersyukurlah kepada Allah jika memiliki guru yang boleh mengajar dan membimbing pada jalan Allah. Untuk pendakian menuju Allah, sebaik-baiknya juga kita memiliki teman dan tiadalah teman yang paling baik melainkan memiliki seorang guru yang telah melalui jalan ini dengan istiqamah. Dengannya kita memperolehi semangat, nasihat, […]

Antara Keimanan dan Kekufuran

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya. Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita […]

Susuli Kejahatan dengan Kebaikan

Setiap daripada anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebaik-baik orang yang melakukan dosa dan kesilapan adalah orang yang bertaubat. Insha Allah, peluang untuk bertaubat dan membaiki diri sentiasa tersedia bagi hamba-hamba Allah yang ingin kembali kepada-Nya. Bersumberkan Abu Dzar Al-Ghifari r.a., diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: Susulilah kejahatan (dosa) dengan […]

Laporan Program Induksi BADAR SMSJ 2010

KLUANG – Bertempat di SM Sains Johor (SMSJ), organisasi Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) dengan kerjasama bekas pelajar SMSJ telah berjaya mengadakan Program Induksi BADAR SMSJ 2010 pada 8 Safar 1431H bersamaan dengan 24 Januari 2010. Saudara Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki (bekas pelajar MCKK) serta tiga orang bekas pelajar SAS dan tiga orang lagi […]

Fikir-fikir

Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang gagal, bukanlah kerana kekurangan ilmu dan kekuatan,tetapi kerana kekurangan kesungguhan dan kemahuan.

Muhasabah Diri

Hari ini adalah pemberian,manfaatkanlah sebaik baiknya kerana semulia-mulia hamba adalah yang paling tinggi takwanya. Semalam adalah sejarah buat kita, beristighfarlah kita untuk-Nya dan bersyukur atas kurniaan hidayah dari-Nya, kerana sebaik-baik zikir adalah istighfar. Dan sebaik-baik doa ialah alhamdulillah. Esok ialah misteri yang padanya terletak angan-angan dan sebijak-bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati kematiannya dan mempersiapkan […]

Siapa Orang Yang Bankrap (Muflis)?

Muflis. Gambar sekadar hiasan. Oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki Dipetik daripada kitab 40 Hadits Penawar Hati

Adab Menguap

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. , Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Menguap adalah daripada syaitan, kerana itu apabila salah seorang dari kalian menguap tutuplah serapat mungkin kerana pada ketika salah seorang dari kalian berkata ‘huah’ (pada saat menguap) syaitan mentertawakannya.”

Rasulullah dan Sangkaan Umatnya

Hadits Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.  Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.  Apabila […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru