Setiap daripada anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebaik-baik orang yang melakukan dosa dan kesilapan adalah orang yang bertaubat. Insha Allah, peluang untuk bertaubat dan membaiki diri sentiasa tersedia bagi hamba-hamba Allah yang ingin kembali kepada-Nya.

Bersumberkan Abu Dzar Al-Ghifari r.a., diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya:

Susulilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan, semoga kebaikan itu dapat menghapuskannya.

Hadits Riwayat Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hasan

Pengajaran:

  1. Pada dasarnya, Islam menyuruh setiap penganutnya supaya melakukan kebaikan.
  2. Apabila seseorang Muslim melakukan kejahatan (d0sa), maka bagi satu dosa akan dibalas dengan satu kejahatan. Namun begitu, jika dia segera melakukan satu kebaikan, maka satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang juga akan dapat menghapuskan kejahatan yang telah dilakukan tadi.
  3. Dengan tindakan tersebut, maka kebajikannya melebihi kejahatannya dan dia akan bahagia semasa amalannya ditimbang di neraca timbangan amalan, di hari akhirat kelak.

Marilah bersama-sama kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. Insya Allah, semoga kita beroleh rahmat dan keampunannya.