Selamat Datang kepada Penuntut Ilmu

Hikmah Mingguan APIS 
Bil. 64, Tarikh 22 Julai 2017 / 28 Syawal 1438 

Sofwan bin ‘Assal rodhiyaAllahu anhu meriwayatkan bahawa aku berkata kepada Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam: 

“Wahai Rasulullah, aku ini datang untuk menuntut ilmu.” 

Lalu Baginda bersabda: 

“Selamat datang untuk menuntut ilmu, sesungguhnya penuntut ilmu itu pasti dinaungi oleh para malaikat dan memayunginya dengan sayap-sayap mereka hingga bertindih-tindih yang sebahagiannya menutupi yang lainnya sehingga meninggi mencapai langit dunia ini kerana terlalu kasih mereka itu terhadap perkara yang dituntutnya .”

Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, At-Thabarani dan Al-Hakim

Huraian Hadis :

1) Ucapan selamat datang dan mengalukan kehadiran penuntut ilmu adalah sebahagian daripada adab dan sunnah Baginda Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam. 

2) Para maikat memayungi para penuntut ilmu sebagai tanda menyayangi mereka – kerana perkara yang dituntut itu (ilmu) adalah sangat mulia. 

3) Menuntut ilmu juga meleburkan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh penuntut ilmu. 

Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Martabat Ilmu dan Ulama, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki 

Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain)  

_http://www.alumni-sbp.org.my/
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP