Hikmah Mingguan APIS
Bil. 63, Tarikh 15 Julai 2017 / 21 Syawal 1438
Daripada Abdullah bin Amr rodhiyaAllahu anhu bahawa Abu Darda’ rodhiyaAllahu anhu berkata, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda,
“Sesiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu nescaya Allah memudahkannya menuju jalan-jalan ke syurga-Nya dan sesungguhnya para malaikat akan meletakkan sayap-sayapnya sebagai tanda keredhaan mereka terhadap penuntut-penuntut ilmu itu.”
Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Darimi
Huraian Hadis :
1. Menuntut ilmu adalah jalan utama dalam berusaha menuju hakikat kejayaan dunia dan akhirat, iaitu dengan akhirnya dikurniakan Allah dengan nikmat syurga. Usaha ini akan dimudahkan oleh Allah, dengan cara belajar.
2. Kemuliaan yang ada pada penuntut ilmu itu sangat tinggi, sehingga disebutkan dalam hadis bagaimana para malaikat itu sendiri memberikan tanda keredhaan mereka kepada para penuntut ilmu.
3. Insya-Allah semoga Allah memudahkan urusan kita untuk sentiasa berterusan berusaha dan belajar ilmu agama sepanjang hayat kita.
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Martabat Ilmu dan Ulama, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain)
_http://
_https://www.facebook.com/
Tinggalkan Balasan