4 Kurniaan pada Majlis Ilmu

Hikmah Mingguan APIS 
Bil. 62, Tarikh 8 Julai 2017 / 14 Syawal 1438 

Daripada Abu Hurairah rodhiyaAllahu anhu bahawa Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda,

“Tiada berkumpul suatu kaum di sebuah rumah dari rumah-rumah Allah untuk membaca kitab-Nya dan saling mempelajarinya melainkan turun kepada mereka ketenangan jiwa dan diselubungi rahmat-Nya, diliputi oleh malaikat rahmat dan Allah menyebut-nyebut mereka kepada orang-orang yang ada pada sisi-Nya. (Janganlah berbangga dengan nasab keturunan! Hal ini kerana sesiapa yang amalannya kurang maka nasab keturunan itu tidak dapat mengejarkannya bersama orang yang banyak amalannya.”

Riwayat Imam Muslim

Huraian Hadis :

1. Majlis ilmu mempunyai nilai yang sangat istimewa dalam Islam. Allah mengurniakan empat perkara yang utama kepada mereka yang menghadirinya. 

2. Kurniaan tersebut adalah: a) Diberikan ketenangan jiwa b) Diselubungi rahmat Allah c) Diliputi oleh malaikat rahmat d) Nama disebut-sebut oleh Allah kepada mereka yang berada pada sisi Allah

3. Nasab keturunan seseorang tidak dapat membawa dirinya ke tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan orang yang banyak beramal.

Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Martabat Ilmu dan Ulama, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain)  

_http://www.alumni-sbp.org.my/
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP