Utama Beribadah dengan Ilmu
 
Hikmah Mingguan APIS
Bil. 61, Tarikh  1 Julai 2017 / 7 Syawal 1438
 
Daripada  Abdullah bin Umar rodhiyaAllahu anhuma bahawa Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda,
 
“Beribadah dengan sedikit ilmu adalah lebih baik daripada banyak beribadah tanpa ilmu. Betapa cemerlangnya kefahaman seseorang itu apabila dibuktikan dengan ibadah. Sebaliknya, betapa bodohnya seseorang itu apabila mengagumi pendapatnya sendiri.”
 
Riwayat Imam at-Thabarani
 
Huraian Hadis :
 
1. Ibadah yang didasari ilmu akan memastikan pelaksanaannya adalah tepat, cukup syarat, dan memberikan kesan kepada akhlak.
 
2.Agama kita sangat mengutamakan ilmu yang berkualiti dan dibuktikan dengan ibadah dan akhlak seharian. Kualiti mengatasi kuantiti dalam konteks yang berkenaan.
 
3.Imam Daraquthni ada meriwayatkan daripada Abu Hurairah rodhiyaAllahu ‘anhu katanya : “Sesungguhnya aku duduk sesaat untuk memahami urusan agamaku adalah lebih aku sukai berbanding aku menghidupkan malam lailatul qadr dengan beribadah.”
 
 
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Martabat Ilmu dan Ulama, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
 
 
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂
 
 
_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP