Ibadah yang Utama
Hikmah Mingguan APIS
Bil. 60, Tarikh 24 Jun 2017 / 29 Ramadhan 1438
Daripada Abdullah bin Umar rodhiyaAllahu anhuma bahawa Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda,
“Ibadah yang paling utama ialah memahami agamanya dan keutamaan urusan agama itu adalah mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya (warak).”
Riwayat Imam at-Thabarani
Huraian Hadis :
1. Memahami agama dengan sebetul-betul dan sebaik-baiknya adalah ibadah yang begitu utama dalam Islam. Hal ini demikian kerana dengan kefahaman yang benar, kita akan dipandu untuk melakukan tindakan yang betul.
2.Sebagai contoh, dengan kefahaman agama Islam yang betul, kita akan tahu untuk mengutamakan prioriti dalam hidup yang dituntut syarak seperti keutamaan menjaga keselamatan nyawa dan akal serta yang lain lagi. Kita juga akan tahu apakah amalan yang membawa keredhaan Allah dan pahala yang sangat besar berdasarkan situasi tersendiri.
3.Hasil dari kefahaman agama dan keutamaan dalam setiap urusan agama kita adalah hakikat taqwa : mentaati perintah Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Martabat Ilmu dan Ulama, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂
_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP
Tinggalkan Balasan