Memburu Lailatul Qadr
 
Hikmah Mingguan APIS
Bil. 59, Tarikh  17 Jun 2017 /  22 Ramadhan 1438
 
Daripada  Jabir bin Samurah rodhiyaAllahu anhu bahawa Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda,
 
“Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil.”
 
Riwayat Imam Ahmad rohimahuAllah, no hadits: 85
 
Huraian Hadis :
 
1. Malam al-Qadr atau yang disebutkan juga Lailatul Qadr merupakan satu malam yang sangat agung, hadir hanya sekali pada setiap tahun pada bulan Ramadhan. Malam al-Qadr bermula apabila masuknya maghrib dan keseluruhannya hingga masuk waktu subuh berikutnya. Keutamaan malam al-Qadr adalah amalan yang dilakukan pada malam ini adalah lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun).
 
2. Petunjuk yang diberikan oleh Baginda Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam adalah untuk mencarinya pada malam yang ganjil pada 10 malam terakhir : iaitu pada malam ke-21, 23, 25, 27, 29 atau pada malam akhir 30 Ramadhan itu sendiri.
 
 
3. Antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulama bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 dengan hujah yang banyak. Namun begitu, terdapat pendapat lain yang menyatakan malam al-Qadr berlaku pada malam selain malam ke-27.
 
Insya-Allah marilah kita bersungguh-sungguh mengikhlaskan niat dan berusaha menghidupkan setiap malam dalam 10 malam terakhir Ramadhan dengan ibadah sebanyak mungkin yang mampu, dan setidak-tidaknya dengan solat fardhu isyak dan subuh berjamaah kerana fadhilatnya seumpama menghidupkan keseluruhan malam.
 
 
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis:
 
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1301-irsyad-al-hadith-siri-ke-96-memburu-lailatul-qadar-malam-al-qadar
 
 
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂
 
_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP