Galakan Menyegerakan Buka Puasa

Hikmah Mingguan APIS
Bil. 58, Tarikh 16 Jun 2017 / 21 Ramadhan 1438

Daripada Sahal bin Sa’ad rodhiyaAllahu anhu bahawa Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda,

“Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Riwayat Imam Muslim rohimahuAllah

Huraian Hadis :

1. Keistimewaan didikan ibadah puasa yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi kita sollaAllahu ‘alaihi wa sallam antaranya pada anjuran untuk bersegera berbuka puasa apabila telah masuk waktunya.

2. Jaminan yang diberikan oleh Baginda bahawa orang-orang yang berpuasa tersebut sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa, kebaikan yang zahir dan yang batin, dalam berbagai-bagai bentuk.

3. Menyegerakan berbuka puasa menzahirkan adab kita selaku hamba Allah yang mentaati ajaran yang disampaikan melalui Rasul-Nya, mempercepat dalam merasai nikmat makanan dan minuman setelah sehari berpuasa.

Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Ringkasan Sahih Muslim oleh Al-Hafiz Al-Munziri, terjemahan disemak oleh Ustaz Muhammad Salman bin Jonid.

Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂

_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP