Melewatkan Sahur
 
Hikmah Mingguan APIS
 
Bil. 57, Tarikh  9 Jun 2017 /  14 Ramadhan 1438
 
Daripada Zaid bin Tsabit rodhiyaAllahu anhu beliau berkata,
 
“Kami bersahur bersama Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam kemudian kami melaksanakan solat.” Aku bertanya, berapakah jarak antara sahur dan solat?” Rasul menjawab, “Iaitu kira-kira (lama membaca) 50 ayat.”
 
Riwayat Imam Muslim rohimahuAllah
 
Huraian Hadis :
 
1. Kebaikan yang terdapat pada sahur itu menjadi lebih sempurna jika dilaksanakan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi sollaAllahu alaihi wa sallam, iaitu tidak diawalkan, yakni dilewatkan.
 
2. Batasan masa berhati-hati untuk berhenti bersahur dinamakan sebagai imsak. Pada kebiasaannya di negara Malaysia, waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh.
 
3. Waktu tersebut kita disunatkan berhenti makan, sebagai berhati-hati dengan kemunculan fajar menandakan masuknya waktu solat fardhu subuh. Waktu ini boleh diisikan dengan persiapan untuk mendirikan solat sunat qobliah subuh dan solat fardhu subuh berjamaah.
 
 
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Ringkasan Sahih Muslim oleh Al-Hafiz Al-Munziri, terjemahan disemak oleh Ustaz Muhammad Salman bin Jonid.
 
Rujukan berkenaan imsak: http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1187-al-kafi-304-maksud-waktu-imsak
 
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂
 
_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP