Keberkatan Sahur
 
Hikmah Mingguan APIS
Bil. 56, Tarikh  2 Jun 2017 /  7 Ramadhan 1438
 
Daripada Anas rodhiyaAllahu anhu: Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda:
 
“Bersahurlah kalian! Sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
 
Riwayat Imam Muslim rohimahuAllah
 
Huraian Hadis :
 
1. Ibadah puasa Ramadhan dan puasa sunat yang lain yang dilaksanakan oleh umat Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam adalah berbeza daripada puasa penganut agama lain, kerana padanya ada sahur.
 
2. Dengan melaksanakan sahur, insya-Allah kebaikan yang hadir akan bertambah dan banyak..
 
3. Waktu sahur juga adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa, membaca al-Quran dan mendirikan solat malam.
 
 
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Ringkasan Sahih Muslim oleh Al-Hafiz Al-Munziri, terjemahan disemak oleh Ustaz Muhammad Salman bin Jonid.
 
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂
 
_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP