Sabda Rasulullah s.a.w. :
Sesungguhnya Allah menggalakkan melakukan ihsan (kebaikan utama) pada setiap sesuatu.
Hadits Riwayat Muslim, bersumberkan Syaddad bin Aus r.a.
Pengajaran Hadits
- Allah telah menetapkan peraturan-peraturan agama dan kemanusiaan agar diikuti umat Islam terhadap sesama manusia dan haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan.
- Antara peraturan Islam ialah mengajarkan umatnya agar berlaku ihsan apabila hendak menyembelih haiwan. Mata pisau hendaklah ditajamkan terlebih dahulu. Jauhkan binatang yang akan disembelih itu daripada melihat penyembelihan kawannya di depan matanya, ikat kaki dan tangannya dan segera lepaskan ikatan sesudah selesai disembelih binatang tersebut.
- Demikianlah Nabi Muhammad s.a.w. tercinta menggalakkan umatnya berlaku ihsan dalam semua perkara; sedang perkara tersebut tidaklah diwajibkan, cuma digalakkan.
Kredit gambar: my2008blog.wordpress.com
Tinggalkan Balasan