“Mat hari ni aku nak ko lah bagi tazkirah boleh?”

“Eh tak payah lah, buat membazir elektrik mic je kalu aku bagi tazkirah”

“Takpe Mat, kebaziran itu akan dibayar dengan mutiara kata yang hebat dari kau. Try lah please…”

“Oh tak pe. Aku ini dah lah takde ilmu, tak banyak ilmu, buat apa nak bagi nasihat nasihat ni, aku pun sama teruk jugak, aku ni bukan budak badar…”

jawapan yang feminin bagi orang yang mengelak untuk memberi sesuatu peringatan.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Ali-Imran:110

Baiklah, alkisah diceritakan pada suatu hari,terdapat penjual ayam di sebelah telefon awam. Maka si penjual ayam ini menjual ayam RM10. Maka datanglah seorang pembeli ayam Mr Robert membawa wang syiling sejumlah yang banyak sehingga RM100 untuk membeli seekor ayam. Tetapi, si penjual ayam tidak sekali-kali mahu menjual ayam dengan wang syiling.

Pada masa yang sama saya ingin menggunakan telefon awam tetapi tidak mempunyai wang syiling. Saya hanya membawa RM10 kertas sahaja. Maka sudah tentu saya akan menukar wang bersama Mr Robert kerana untuk perolehi manfaat bersama.

Jadi sahabat sahabat sekalian, walau tinggi mana ilmu kita sebesar RM10 atau RM100, masih sagi memerlukan bantuan. Kerana apa? Kerana setinggi mana ilmu yang kita pelajari, sejauh mana ilmu kita kaut, kita belum tentu boleh melangsaikan suatu perkara yang menjadi rantai kenderaan kita ke syurga Allah.

Katakanlah: Inginkah aku kabarkan sesuatu yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Rabb mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan ada pula isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah maha Melihat akan hamba-Nya. Yaitu orang yang berdo’a: Ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka. Yaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, dan memohon ampun di waktu sahur.
Ali-Imran:16-17

Ya, taqwa, dan takwa boleh didefinisikan melalui banyak cara dan keadaan.

Berbalik kepada perkara asal, seharusnya siapa kita, dimana kita, bagaimana kita, serupa mana kita, kita memerlukan nasihat.

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman.”
Az-Zariyat:55

Jiwa yang dibelai dengan peringatan senantiasa beringat kerana Allah berada diamana sahaja hatta dalam pesawat soyuz “new ware model 1/48 zone space craft” sekalipun. Sekalipun dimana jua. Dan perangainya manusia jua boleh diertikan dngan kamera IXUS 100 IS yang memerlukan batteri l-ion untuk dichargekan setiap masa.

Oleh itu, jom tazkirah!