Hadits Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila […]
Arkib untuk: Hikmah
Galakan Ihsan dalam setiap Sesuatu
Sabda Rasulullah s.a.w. : Sesungguhnya Allah menggalakkan melakukan ihsan (kebaikan utama) pada setiap sesuatu. Hadits Riwayat Muslim, bersumberkan Syaddad bin Aus r.a. Pengajaran Hadits Allah telah menetapkan peraturan-peraturan agama dan kemanusiaan agar diikuti umat Islam terhadap sesama manusia dan haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Antara peraturan Islam ialah mengajarkan umatnya agar berlaku ihsan apabila hendak menyembelih haiwan. […]
Peliharalah Peribadi
“Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkanlah diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tapi orang kehilangan amanah, dia rugi harga diri.” (Sudara, Arena Wati; 1944)
‘Ilmu dan ‘Amal
Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu. – Al-Imam Al-Hasan Al-Basri
Doa Muslim untuk Saudaranya
Doa seorang muslim untuk saudaranya di luar pengetahuan yang dido’akan itu adalah do’a yang mustajab. Di atas kepala orang yang berdoa itu ada Malaikat yang ditugaskan supaya tiap dia berdoa yang baik untuk saudaranya itu agar disambut dengan” : Amin walaka bimitslin (Semoga diterima dan untukmu sendiri seperti itu)” -Hadits Riwayat Muslim
Diri dan Allah
Ketika orang lain bergantung kepada dunia, gantunglah dirimu pada tali Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang pergi menghadap raja & pembesar untuk mengais harta & mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul-betul mencintai […]
Kekuatan Imaginasi
Sesetengah orang melihat sesuatu yang wujud dan bertanya, “Mengapakah?” Tetapi saya membayangkan sesuatu yang tidak wujud dan bertanya,”Mengapa tidak?” – Bernard Shaw (cendekiawan terkenal)
Jiwa Muda dan Hati Ikhlas dalam Perjuangan
Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hmpir roboh,maka akan aku berjalan keseluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda,aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu mnjadi sebuah bangunan yg tersergamam indah. – Imam As-Syahid Hassan Al Banna
Hanya Untuk 2 Tujuan
Ya akhi: “Sesungguhnya anda hanya beramal dan berusaha untuk dua tujuan, supaya anda berhasil dan menunaikan kewajipan, maka jika yang pertama terlepas dari diri anda maka yang lain tidak akan luput dari anda”. -Imam Hassan Al-Banna
Gandaan Ganjaran
Siapa datang ia dengan satu kebajikan, maka iaitu ada balasnya baginya sepuluh umpamanya. – Surah Al-An’am:ayat 160


